Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Friday, March 9, 2012

Julian

There is always a wrong to your right,
there will always be a war somewhere to fight,
and God knows I've had some rough f years,
oh Lord!

Foxy Shazam, Oh Lord.

Sunday, March 4, 2012

Dorm

I want to go home.
I'm lonely.

Kolej Melati, UiTM Shah Alam.

Wednesday, February 15, 2012

dënesje

terima kasih, boi. kau memang 'jaguh' penjatuh.

Tuesday, February 14, 2012

Jepun, maafkan aku.

petang tadi aku telah menerima kunjungan mengejut Mak Su dan Pak Su. dari dalam kereta aku lihat riak wajah Mak Su bercahaya - seolah-olah ada perkhabaran gembira untukku. Mak Su, sebaik keluar dari keretanya, lantas berjalan menuju pintu sambil ditangannya tergenggam sehelai envelope yang berwarna coklat itu.

"Mak Su ada something nak tunjuk. you might be interested," Mak Su duduk.

"Apa dia, Mak Su?" aku tanya.
"Hang nak pi Jepun tak? jadi sukarelawan"

sukarelawan? "Nak nak! under Mercy ke, Mak Su?" aku senyum, ah akhirnya! impian aku.
"under Mercy and Belia. nanti hang kena pi kawasan tsunami hari tu, kena tolong bangunkan balik tempat tu"

"Nak, Mak Su! nak!"

"okey, kalau nak, isi borang ni. kena bayar rm800 je yang lain ditanggung sepenuhnya. pi 26/4 sampai 7/5 ni. kena hantar borang ni cepat sebab 40 orang je yang dapat pi"

aku check jadual kuliah semester depan. parah, kalau aku ingin ke Jepun, perlulah aku ponteng 4, 5 hari kelas - lebih kurang seminggu jugalah tu. banyak yang aku akan tertinggal dalam satu minggu.

aku tanya mak, tanya baa. mak dan baa cakap, "pergilah, kalau itu mahu kau. mak dan baa sokong je. fikirlah apa yang terbaik. kalau rasanya boleh kau cover pelajaran seminggu itu, tiada halangan. pergilah!"

kemudian Mami pulak datang. ditanya aku soal Jepun itu. "pergilah!" katanya. "peluang dah ada, pergilah! mami support duit" aku diam.

*mengeluh*

ya Tuhan, sesungguhnya hanya Tuhan lah yang Maha Tahu betapa sekian lama aku impikan kesempatan ini. menjadi sukarelawan, rasa-rasa aku dah berkurun aku mahu jadi sukarelawan. cuma tak pernah ada rezeki dan ruang. tapi kali ni, tanpa perlu aku mencari, ia datang sendiri. bergolek di depan mataku. ah, bahagia rasanya! akhirnya, impian itu bakal termakbul.

tapi itulah. aku berbelah bahagi. apa perlu aku pergi, berkhidmat untuk yang memerlukan lalu mengorbankan masa depanku sendiri? aku tak tahu. aku mahu semahu-mahunya ke Jepun. bukan kerana apa-apa, tapi kerana impian aku itulah.

peluang, yang aku kira cuma ada sekali seumur hidupku itu, terbentang luas di depanku. yang aku perlu lakukan hanyalah isi borang. ya Allah, kalau saja waktu itu aku benar-benar lapang, tak aku fikir 2 kali lagi, terus borangnya aku isi.

aku diberi cukup moral support dari keluargaku yang sentiasa mendukung setiap apa yang aku kerjakan. aku yang masih ragu-ragu meminta pendapat kawan-kawanku.

"pergi Azzah, PERGI!!!"
"sudah, jangan kau fikir soal mooting, LRM bagai. kau dah lulus dah mooting, kau kan kaki melawan cakap orang! aku dah solve masalah kau, pergi!!!" *niesah sesukanya 'lulus'kan aku*
"If I was you, kite pergi jugak"
"kitorang boleh cover mana-mana kau tak de. I say go!"
"woiii, bagi aku je lah! camne boleh pegi ni? best kot!" *ni farah d, excited lebih*

moral support. terima kasih, wahai keluarga dan sahabat-sahabatku. tapi sayang, belum cukup moral support yang aku dapat. cuma dia yang dari dulu cukup berat hati.

terus tawar hati aku. payah betul nak ditelan air liur ni.

mungkin, mungkin tak ada rezeki aku. aku dial nombor Mak Su dengan hati tak sudi. aku khabarkan padanya bahawa aku terpaksa tolak tawaran tersebut dengan suara tersekat-sekat menahan tangis. aku kira-kira 4 kali ku tahan tangisku selepas aku terima tawaran itu. baa dan mak pujuk aku,

"masamu masih panjang, peluang itu pasti datang lagi"
"simpanlah impianmu, nanti kau dah kerja, pergilah tawan dunia"

akhirnya, setelah aku tolak tawaran itu, sedang aku duduk di atas katil berpura-pura okey, air mata aku tumpah jua. hilanglah, ranaplah peluang nan satu itu buat sekian kalinya. ah, kalau saja study bukan halangan.

betapa aku cemburukan manusia-manusia yang bakal pergi tanpa aku nanti. aku iri, hatiku sakit bila kupaksa ia terima.

terima kasih, ya Allah! Jepun, maafkan aku...

peluang, kau datanglah lagi! berpasanganlah dengan impianku ini!

Saturday, February 4, 2012

alang-alang menyeluk saku, biar sampai ke pangkal tangan

hello :)

hari ni dah masuk hari ke-.. erm er *kira dengan jari kejap* oh hari ke-18 aku cuti sem. bunyi macam baru sambut birthday ke-18 je. wow dah nak dekat 3 minggu aku cuti tapi apa je yang aku buat selama ni?? *recall azzah, recall!*

perghh, semua aktiviti aku buat macam tak berfaedah je cuti ni. I have like 3 books to read this holiday. I borrowed a book about Gog & Magog from my boyfriend konon-konon nak menghayati sejarah agama, tapi buka buku, baca 7 1/3 baris ayat terus tertidur dengan lenanya siap mimpi Lee Min Ho bagai. cehh, tak ada matlamat hidup langsung! ya, nampaknya memang takkan habislah aku membaca ketiga-tiga buku tersebut dalam musim cuti ini. satu buku pun semput nak baca, ini pulak tiga!

oh, tiba-tiba teringat baucar buku 1 Malaysia *macam gini ke ejaan voucher dalam bahasa ibunda? serius aku tak tauhu* seronoknya boleh borong buku sampai terberak tapi terus teringat muka serius mak suruh beli buku LAW yang tebal-tebal dan mahal-mahal SAJA. tak boleh beli novel atau majalah ROTTW :(

Aku : tapi mak, buku LAW boleh photostat kat seksyen 2 je. buku 2, 3 ratus boleh dapat rm24.99 je lepas diskaun.

Mak : *sambil buat muka macam Ojy Ahmad Daud kat iklan Mentor tv3* tak kenal maka tak cinta, kau tau tak? *tiba-tiba*

okey, dialog tokok tambah, fine -____-"

anyway, cuti kali ini juga aku adalah plan nak turunkan berat badan aku ke berat asal tapi usaha ini juga seperti mencurah air ke daun keladi. eh perasan tak aku banyak guna peribahasa? haha. kerja aku time cuti ni makan je, tak ada kerja lain dah, nyah.

makan, tidur, makan, tidur, berjalan, berjoyah, tidur, online, makan, tidur.

dah, sekarang aku nak pi tengok Miami Ink kat Youtube. bye.


Friday, February 3, 2012

oh perempuan

Aku tak berkawan lah dengan manusia bodoh sombong macam kau.
Kau tak layak.

Thursday, January 19, 2012

entri post-trauma

salam :)
hari ni 19 januari ye? SELAMAT TAHUN BARU SEMUA!!! *walaupun dah terlambat*
the reason why aku lama tak mengupdate blog ni ialah kerana aku baru je habis final exam kelmarin :) eh sepatutnya aku tak boleh buat smiley muka happy, kena buat muka sedih macam gini :(

susah payah, pahit jerih, segala menangis meraung aku tanggung sebab nak dapat result gilang gemilang sem ni. penat gilaaaaa! tidur 2, 3 pagi bangun 8 pagi. study sampai nak mati sampai ke pukul 1 pagi. kalau tak naik pointer aku sem ni aku tak tauhulah! *tauhu pun boleh, lapar ni*

jadi, inilah dia entri selepas trauma tengok soalan exam macam tuuuuttt. gila horror sampai roommate aku mengigau menjerit-jerit 'FAIL! FAIL!' trauma gila kot.

jadi, lepas habis last paper, malam tu terus pergi class dinner dekat Sg Penchala. semalam pulak seharian lepak dekat Bukit Bintang, bajet lepas tension lah kan.

nanti-nanti aku rajin, aku post gambar.
bye, nak pergi 'meronggeng' seksyen 7 pulak kejap lagi *meronggeng pun bolehhh*

Tuesday, November 8, 2011

you're nothing but my long lost fear.

chill lah, kawan!
tak perlulah nak gelabah sangat.
tak perlulah nak fikir kau tu teraniaya sangat.
janganlah touching-touching sangat.
cakap kental!




bro, chill lah, okey?
:)

Wednesday, October 26, 2011

put my hands up for my cool Cheras guy

hey guys :)
I just wanted to say something before I go to sleep. this thing has been bugging me for months. recently, D has been complaining about his overloading work for weeks and it feels like it will never end. I'm starting to get really worry about his health since his been saying about how tired he is that he can easily fall asleep whenever he rests his head on the pillow. and couple of days ago, D told me that his scapula is hurting due to the hard work.

Oh God! I'm so worry. I'm afraid he might pass out or something. or worst, I'm afraid he might suffer extreme fatigue. okay, this is freaking the hell out of me! :(

like, I know, it's his job but the salary doesn't worth the hardship at all! please lah, your workers are not animal, okay??! dah lah kerja 24/7 tak ada hari cuti langsung!

sayang, I miss you so much :( please take a very good care of yourself! I want to see you in your best shape when we meet later :') *and I'm gonna take you to salon to cut your hair, be prepared* >:)

I'm holding too much things inside me that I feel like I'm gonna burst to tears...

p/s : I LOVE YOU :)))

Sunday, October 23, 2011

I'm sexy and I know it.

salam :)
entri ni sebenarnya tak ada kena mengena pun dengan tajuknya, harap maklum ya. jangan kang korang fikir, "ee budak ni, perasan nak mampus-mampus! muka macam longkang!"
jangan begitu ya, aku sengaja letak ayat tu sebab sekarang kan tengah hot lagu LMFAO tu, fevret kawan-kawan aku kot. haha. *I WORK OUT!*

baiklah, sebenarnya aku cuma nak khabarkan pada korang yang aku sekarang tengah malas nak update blog *heh, perasan macam ada orang kisah je*. tahap kesibukan dah makin tinggi sekarang ni. aku ada 3 test untuk dijawab seminggu lebih dari sekarang, presentation individu dan kuiz. semuanya dalam satu minggu yang sama. mati lah aku!

jadi, hari ni aku bertungkus-lumus buat slide show dan speech untuk presentation BEL. bertungkus-lumus waklu! speech baru buat separuh, slide pun baru siap muka depan! WAKLU AZZAH!!

ini dia rupa presentation tak siap aku yang bertajuk 'The Killing of John Lennon'.
don't you dare to tiru me!

dan sekarang, perlu buat-buat busy lagi dengan membaca buku teks French supaya kuiz sebentar lagi dijawab dengan cemerlang dan terbilang.
*sambil dalam hati dok menyumpah-nyumpah dalam bahasa Perancis, je déteste quiz!*

p/s : nak cuba dapatkan full mark untuk kuiz. wish me luck :)

Sunday, October 16, 2011

nicknames

okay so recently, my friend Fatin has this obsession of creating nicknames. scratch that, I mean we all *me and friends* have that obsession. but Fatin is the worse of all!

Let's see those nicknames..

AZZAH
- Zatyle *pronounced Zatail, as in 'style'*
- Shadyekien *pronounced Sha-die-kain*
- Shadye *pronounced Shady*
- Ajjah
- Pazzah
- Zaza
- and the latest is Jaja Afandi. like, seriously Fatinnnn -____-"

AIN-MARYAM
- Mary
- Mehi
- Mehebeh
- Mehebs
- Paryam. haha :D
- Pehebeh
- Mehiebs
- Mehaibs

AISYAH
- Ecah or Ecawh
- Caca
- Syasya Pauzi
- Pechah *pronounced Ecah with additional P in front*
- and the latest is Peach *pronounced Paych as in Paige*

AFZAN
- Janjan
- Apjan
- Pafzan
- Pajan

FATIN
- Atin
- Fatyne *pronounced Fatain*
- Patin

these, my friends, are only some of it. notice every one of us has nicknames starting with P? that derived from Ecah's back in school time where she have friends whose names are Pinaz and Pika, if I'm not mistaken. and that's how we met those nicknames.

every time we mention each other's name, we'll laugh our friggin ass off, like crazies. *and now i lmfao sorang-sorang*

I LOVE MY FRIENDS, THEY'RE THE COOLEST!

Friday, October 14, 2011

celaka

salam :)
sorry blog tersayang, aku tak dapat nak update selalu sebab sibuk gila minggu ni :(

this week has been a hell for me.
hari Rabu hari tu aku dan kawan pergi hantar surat nak drop subjek Law of Contract 2, turned out Ketua Program tu marah kitorang sebab suka-suka hati nak drop subjek waktu course validation *sebenarnya dia bengang sebab aku tuang bengkel 'Jom Dapat A' yang dia organize* lepas tu jenuh aku dok defend diri sendiri, dia boleh buat kering je. 'tengoklah kalau boleh tolong dropkan, lagipun course registration period dah habis', tu je dia boleh cakap! bara aku!

then, on Thursday, Afzan checked student portal and she told me the subject tak di'drop'kan lagi. so aku relax, take it easy je lagi. waktu-waktu macam ni tak boleh panik-panik. tapi hari Khamis tu memang aku rasa sangat celaka lah. pagi-pagi nak pergi kelas, semangat tunggu bus free, tengok-tengok penuh. naiklah aku dan fatin bus rapid KL, tapi kena berdiri jugak. it's weird because usually we ALWAYS manage to get ourselves on the free bus, and even when we're not, we usually wait for an empty Rapid KL. kemudian, kepelikan tu terjawab apabila bus yang aku naik tu eksiden dengan motorsikal. motorsikal tu digilis bawah bus dan the worse part is that aku dapat rasa motorsikal tu berada di bawah kaki aku. gila! lepas tu, dah sampai kat fakulti, tengok-tengok kelas Equity cancel! damn it!!!!

petang tu pulak, pergi koko, dah sampai dalam kelas, dah duduk kat meja fevret sambil buat muka bajet cool, tiba-tiba ada sorang ustaz datang cakap koko cancel sebab ustazah tak dapat datang. damn it again!!!!

so, berbalik pada hal drop subjek tersebut, tengahari tadi aku pergilah berjumpa orang yang handle kes dropping and adding subject. dengan kereknya dia call Ketua Program untuk confirmation yang aku betul-betul dah hantar surat. asam boi punya makcik! *padan muka aku panggil kau makcik!* lepas tu, dengan kereknya lagi dia cakap, 'saya tak boleh nak dropkan, Ketua Program tak bagi!'. jadi, dengan hati panas bak hot chocolate cadbury, aku pun panjatlah tangga pergi jumpa Ketua Program tu lagi. terpaksalah aku turunkan lagi ego aku, merayu-rayu macam pengemis. kalau dia sama umur dengan aku, dah lama dah aku maki. poyo + kerek nak mampus. lepas tu, tadi Fatin text aku, cakap subjek tu dah di'drop'kan! syukur!

haih nak buat macam mana, itulah dugaan namanya. at the end of the day, what I can say is, ALHAMDULILLAH. why? because Allah is testing me :)

p/s : Puan, saya maafkan puan sebab puan doakan saya fail banyak subjek lepas ni. biar Tuhan saja yang membalas kata-kata puan. puan seorang pendidik yang terdidik tapi tak mengapalah.

sedang mendengar : The Gabba Gabba - Lambat Layu

Sunday, October 2, 2011

Kuala Lumpur, aku masih okey.

kawan, inginku tanya padamu, pernahkah pada satu titik dalam hidupmu kau merasa sunyi walaupun kau berada di tengah-tengah hiruk-pikuk dunia? atau, kau merasa bosan walaupun kau berada di antara perkara-perkara yang paling kau suka?

situasi itulah yang aku sedang lalui sekarang, kawan. malah, sudah berkali-kali aku melalui situasi ini, di sini. aku memang tidak betah tinggal sendirian di kota besar seperti ini. apalah namanya kota besar jika kau perlu mengharunginya sendirian, kawan. tanpa keluarga, tanpa teman. sungguh tragis sekali. harus aku ingatkan kau, kawan, aku tidak pernah merasa seperti ini jika aku berada di tempat lahirku Bukit Mertajam. tidak pernah sekalipun, boi. kerana aku tahu aku dekat dengan keluargaku, tinggal sebumbung lagi. jika aku keseorangan di rumah juga aku tak pernah merasa seperti ini. kerana aku dalam kawasan selesa, selamat.

aku benci berseorangan, di tempat yang aku benci berseorangan. kalau boleh, aku memang tak mahu keluar dari kamar kecil ini. jika aku keluar, aku hanya menyakitkan hati sendiri. membuatkan diri sendiri terjebak dalam kesedihan yang tiba-tiba. aku pilu saat melihat sebuah keluarga gembira bergelak tawa melintasiku kerana aku dambakan keluargaku untuk bersamaku sentiasa. aku pedih saat melihat pasangan kekasih jalan berdua kerana aku rindu dia. pedih sekali waktu-waktu itu, kawan. hati aku terguris setiap kali aku melangkah kaki keluar dari kamar ini. tanpa ada yang tahu.

tapi, ini hidup namanya! hidup perlu diteruskan. jadi, aku sembunyikan sedih tangisku. aku lipat ia hingga menjadi lipatan kecil lalu aku masukkan dalam kocek hatiku. aku ukirkan senyum tawa sampai tak ada yang tak percaya aku gembira. aku hadiahkan diriku dengan memberinya peluang berbuat apa-apa saja yang aku suka, hingga pada satu tahap boyfriendku mengamuk kerana aku seorang perempuan kaki jalan yang tak bisa duduk diam. ku paksakan diri untuk hidup berdikari kerana aku tahu aku boleh. hanya kerana keluargaku, aku masih boleh bertahan di sini. hanya kerana mereka, aku masih kuat. aku takkan menyerah hanya semata-mata aku tak betah sendirian! hanya kerana mereka...

keadaanku malah lebih teruk dalam dua hari ini. aku menangis pada waktu malam sampai aku tertidur kepenatan menanggung esak. semalam, aku batalkan niat untuk ke rumah Fatin hanya kerana fikiranku yang tak menentu. aku tak mahu jejaskan kemeriahan orang.

tapi, tenang saja semua. namaku bukan Azzah kalau aku putus asa. aku anak mak dan baa, yang kuat melawan dan degil. satu hari nanti, tentu saja keadaan akan kalah pada kedegilanku yang tak mahu mengalah padanya.

aku okey. Kuala Lumpur, aku masih okey!! kau dengar tak??!!!

aku cuma nak pulang ke rumah.

Friday, September 30, 2011

seorang

aku sunyi.
aku nak balik...
rumah.

Sunday, September 25, 2011

Diet hujung minggu

salam. since aku rasa berat badan aku dah naik sejak balik Shah Alam ni, I've decided that I should go on a diet. dua minggu ni adalah yang paling teruk sebab aku banyak makan makanan berasaskan cheese. memang aku makan banyak gila lah. so, aku gunakan hujung minggu untuk diet. and I hope boleh tahan darurat on weekdays jugak. kalau tak berjaya, I'll go on diet on weekends je.

so, semalam hari Sabtu, aku minum susu for breakfast. then, for lunch pulak aku makan roti dengan chilli tuna. malam aku just makan saki-baki chilli tuna tengahari tu.

hari ni pulak, breakfast tetap dengan susu. lunch aku makan chili tuna lagi, tapi kali ni dengan biskut Munchy's Wheat Krunch. malam, tak sure lagi.

encik chilli tuna yang sedap.


p/s : nak diet ni sebenarnya sebab aku didorong oleh hilang selera makan dan nak simpan duit nak balik Penang tiap-tiap bulan, Insya Allah.

sedang mendengar : The Band Perry - If I Die Young.

Sunday, September 11, 2011

selamat berkenalan, Melati.

salam :)
alhamdulillah, hari ni aku post entri ni di UiTM Shah Alam setelah selamat sampai. iya, kembali ke 'medan pertempuran' aku.
dan hari ni jugak, aku berkenalan dengan Melati. aku harap Melati ini manis orangnya nanti.

ini dia, rupa bilik baru aku di kolej Melati. cantik tak cadar i? *wink wink*
dalam bilik ni, aku tinggal berempat dengan Fatin, Ainil dan Haida.
budak law semuanya.

alamak, kantoi guna kotak Intimate buat hiasan dan bawak bantal busuk leper bawah bantal biru *perlu ke nak bagitau pasal bantal tu, Azzah?!!*
-_________-"

jemputlah ke 3A-01-33. masuk percuma *untuk perempuan saja* haha.

p/s : Kenanga, I rindu youuuu! bilik you lagi besar dari bilik Melati ni! mak, baa, kakak dah rindu! :(

Wednesday, September 7, 2011

UiTM, aku merinduimu, tapi aku tak nak balik!


salam.
tadi pergi shopping dengan mak, beli barang-barang keperluan kat UiTM nanti. bahang kian terasa, hati makin dup dap dup dap.

dalam otak terbayang UiTM.. *mengeluh*

aku rindu UiTM, kawan-kawan aku to be exact. tapi aku tak nak balik sana. aku belum puas spend time dengan family aku! 4 bulan tu rasa cepat sangat. kenapa ya? serabut otak aku fikir macam-macam. fikir pasal persiapan nak balik lah, pasal kelas lah, pasal subjek-subjek yang aku akan belajar nanti lah. aduhaiiii.. ni sifat malas dah membelengu diri aku lah ni!

*diam kejap*

4 bulan aku berkepit dengan parents aku. tak berenggang, duduk rumah je, kerja tak. mana mak bapak aku pergi, aku ikut. nanti mesti ralat nak berjauhan balik. dangggg :(
iyalah, kalau rumah aku kat area KL ke, lain cerita. tapi ni, nak balik sebulan sekali pun susah. aku dah lah tak ada siapa-siapa kat sana. cousin aku yang seorang tu pun selalu out station memanjang. tekanan dan jeles tahu tak tengok kawan-kawan aku tiap-tiap minggu balik rumah, especially Fatin -_-" haha.

adakah kolej melati juga seperti kolej mawar? oh, tidakkkk!
*histeria kejap, lepas tu tiba-tiba kena penampar*

tak mengapalah, Azzah. fikir yang positif ye. lagi cepat kau belajar, lagi cepat kau boleh berambus dari UiTM tu.

oh, by the way, tadi dah check student portal lagi sekali dan aku ditempatkan di KOLEJ MELATI sem depan -______-" mula-mula macam what the fish jugaklah kan, suka-suka diaorang tukar-tukar kolej. kejap kenanga tu untuk perempuanlah, kejap untuk lelaki. tapi tak pelah, yang penting dapat jugak kolej daripada kena merempat kat luar.

dan, dan yang bestnya, aku sebilik dengan Fatin!!!! yayyy :DD dua orang lagi bakal room mate masih menjadi misteri. siapakah??? hopefully Ecah will be joining us :)

p/s : tekanan aku tiap-tiap malam asyik selsema je ni. lepas tu, tadi cari mangga almari dorm tak jumpa. mati aku! imybiptid, nh.

image : Google Images

Sunday, September 4, 2011

when in trouble,


yes, I have You.

Takziah : Jurukamera Bernama TV Maut di Somalia

keratan akhbar Utusan Malaysia semalam.

Walaupun jarak yang perlu ditempuhi dari lokasi liputan ke asrama hanya 3 minit, namun 3 minit itu telah menjadi saat-saat paling getir pernah dihadapi oleh wakil media Malaysia di Somalia apabila jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd Nor yang menyertai Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia, meninggal dunia setelah terkena peluru sesat semasa kenderaan yang dinaikinya bersama wakil media lain diserang oleh penembak hendap di Mogadishu, Somalia kelmarin. akibat dari tembakan yang terkena bahu kanan dan menembusi paru-parunya itu, Noramfaizul meninggal dunia pada pukul 11 malam waktu Malaysia setelah diberi rawatan.

keadaan kenderaan yang dinaiki mangsa.

keadaan Allahyarham sewaktu diberi rawatan.

Allahyarham sebelum berlepas ke Somalia pada 28 Ogos lalu.

Jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan turut cedera terkena serpihan peluru. beliau yang duduk disebelah Noramfaizul memberitahu, sejurus selepas serangan, beliau memberitahu Allahyarham bahawa mereka diserang tetapi Allahyarham terkulai dibahu kanannya dan beliau dapat melihat dengan jelas bahu kanan Allahyarham berlubang terkena tembakan.

Aji Saregar yang cedera ditenangkan oleh rakan media.

gambar terakhir yang diambil oleh Noramfaizul sejurus sebelum kejadian tersebut.

jenazah Allahyarham selamat sampai di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pagi tadi.

takziah yang sedalam-dalamnya kepada keluarga Allahyarham. aku doakan ini adalah mati syahid, insya Allah. semoga Allah limpahkan rahmat ke atas rohnya. pemergian wira negara ini diharapkan dapat menyuntik lagi semangat kita untuk terus membantu saudara-saudara kita yang memerlukan di seluruh dunia. Amin.

images : Google

Wednesday, August 24, 2011

Lumayan capek

Alhamdulilah, syukur nikmat! akhirnya, hari ni habis jugak tempahan biskut raya aku siapkan. berminggu-minggu aku dok pulun tolong mak aku buat biskut raya. kauorang jangan tak tahu, mak dan ayah aku ni tauke biskut raya dan katering. haha.

ya Allah, rasa macam tak percaya je semua dah siap on time. Allah dah permudahkan pekerjaan aku :')

kalian ndak tau betapa capek dan lelahnya ngebuat kuih yang tempahannya sampe berpuluh-puluh ribu. ditambah lagi ini tahun mak ndak menggaji bibik untuk ngembantu aku dan mak. sekarang baru aku tau gimana rasa capek dan lelah yang mak ngerasa selama ni. bisa nangis tau nggak akibat terlalu kecapekan! akibat terlalu lama duduk bersila di lantai, kaki aku jadi sakit-sakit semuanya! aku ngerasa seperti orang tua yang sakit lutut. jalannya juga udah jadi aneh. iya kerna itu dong, aku udah lama ndak ngepost apa-apa disini. terlalu capek untuk melakukan apa pun, tau!

yang menjadi pembakar semangat aku sama mak hanyalah apabila mikirin tentang betapa seru dan terujanya bila tiba waktu bershopping persiapan lebaran nanti. waktu bershopping adalah waktu yang paling ditunggu-tunggu oleh aku sama mak. yayy! :)

*haa, kan dah keluar dah bahasa bangka-belitung aku* haha.

okeylah, nanti kalau rajin, i tunjuk gambar biskut raya i yang meriah kebabom kat u'olls ye.

p/s : HAPPY BIRTHDAY, FATIN ISMAIL! LOVE YOU MARSHMALLOW :)