situasi itulah yang aku sedang lalui sekarang, kawan. malah, sudah berkali-kali aku melalui situasi ini, di sini. aku memang tidak betah tinggal sendirian di kota besar seperti ini. apalah namanya kota besar jika kau perlu mengharunginya sendirian, kawan. tanpa keluarga, tanpa teman. sungguh tragis sekali. harus aku ingatkan kau, kawan, aku tidak pernah merasa seperti ini jika aku berada di tempat lahirku Bukit Mertajam. tidak pernah sekalipun, boi. kerana aku tahu aku dekat dengan keluargaku, tinggal sebumbung lagi. jika aku keseorangan di rumah juga aku tak pernah merasa seperti ini. kerana aku dalam kawasan selesa, selamat.
aku benci berseorangan, di tempat yang aku benci berseorangan. kalau boleh, aku memang tak mahu keluar dari kamar kecil ini. jika aku keluar, aku hanya menyakitkan hati sendiri. membuatkan diri sendiri terjebak dalam kesedihan yang tiba-tiba. aku pilu saat melihat sebuah keluarga gembira bergelak tawa melintasiku kerana aku dambakan keluargaku untuk bersamaku sentiasa. aku pedih saat melihat pasangan kekasih jalan berdua kerana aku rindu dia. pedih sekali waktu-waktu itu, kawan. hati aku terguris setiap kali aku melangkah kaki keluar dari kamar ini. tanpa ada yang tahu.
tapi, ini hidup namanya! hidup perlu diteruskan. jadi, aku sembunyikan sedih tangisku. aku lipat ia hingga menjadi lipatan kecil lalu aku masukkan dalam kocek hatiku. aku ukirkan senyum tawa sampai tak ada yang tak percaya aku gembira. aku hadiahkan diriku dengan memberinya peluang berbuat apa-apa saja yang aku suka, hingga pada satu tahap boyfriendku mengamuk kerana aku seorang perempuan kaki jalan yang tak bisa duduk diam. ku paksakan diri untuk hidup berdikari kerana aku tahu aku boleh. hanya kerana keluargaku, aku masih boleh bertahan di sini. hanya kerana mereka, aku masih kuat. aku takkan menyerah hanya semata-mata aku tak betah sendirian! hanya kerana mereka...
keadaanku malah lebih teruk dalam dua hari ini. aku menangis pada waktu malam sampai aku tertidur kepenatan menanggung esak. semalam, aku batalkan niat untuk ke rumah Fatin hanya kerana fikiranku yang tak menentu. aku tak mahu jejaskan kemeriahan orang.
tapi, tenang saja semua. namaku bukan Azzah kalau aku putus asa. aku anak mak dan baa, yang kuat melawan dan degil. satu hari nanti, tentu saja keadaan akan kalah pada kedegilanku yang tak mahu mengalah padanya.
aku okey. Kuala Lumpur, aku masih okey!! kau dengar tak??!!!
aku cuma nak pulang ke rumah.
No comments:
Post a Comment