Showing posts with label super happy. Show all posts
Showing posts with label super happy. Show all posts

Wednesday, February 22, 2012

homecoming

hai, Tiga.
dah lama awak tak balik.
saya rindu awak, Tiga. terima kasih, sebab datang balik :)
Alhamdulillah. terima kasih, Allah...
terima kasih, semua.

Saturday, February 18, 2012

room mates, jiran tetangga Melati dan makan

siri 'pengembaraan mencari makan di seksyen 7'.

siri pertama : makan malam, esoknya ada paper apa entah.

konon-konon tension nak exam, kena makan sedap-sedap.
jadi melantaklah di Thai Assam Fish dengan Fatin dan Ainil. haha.

siri kedua : makan tengah hari dah habis exam.

aku tak tau lah apa masalah si Ainil tu sebenarnya -____-"

ayam penyet Nusantara, lepas tu pencuci mulutnya Tutti Frutti dan biskut Subway.

muka-muka passport kegemilangan.

Haida je tak ada dalam kedua-dua siri 'pengembaraan mencari makan di seksyen 7' kitorang.
by the way, rindu gila kat budak-budak gila ni semua :(
okey, lapaq.

Sunday, February 12, 2012

gold and V-shaped

assalamualaikum :)

just got back from the mall with mum and sister. oh, satu lagi hari yang happy. haha :D
mana taknya, hari ni saja aku berjaya menghabiskan hampir semua duit yang ada dalam purse. actually, aku tak tau aku perlu rasa happy atau susah hati sekarang ni. hehe.

ah, yang penting aku happy. ini kira balas dendam tak shopping masa great outing hari tu lah! bought myself a Casio watch and got a haircut. and and had ayam penyet for lunch :) nasib baik jam dan haircut ni menghabiskan duit aku, kalau tak tadi dah beli 13 pasang seluar dan 7 biji beg sebagai tambahan kepada koleksi di rumah.

tapi kesian jam baru aku tu, aku balik tadi konon-konon nak menunjuk kat adik aku, goyang-goyang tangan depan muka dia, jam jatuh. dah lah jatuh kat tangga, memang sudah jatuh ditimpa tangga betullah! bapak aku geleng kepala sambil mengeluh. lepas tu kena pulak gelak dengan adik aku tu. padan dengan muka kau, Labu! nasib jam tak calar.

what makes me happier is my hair. masuk APT Salon & Academy bajet nak senior hair stylist je yang potongkan rambut aku. sekali senior hair stylist semua busy, kena ambik professional. terus rasa nak pakai purdah sebab malu nak tunjuk rambut aku ni kat professional hair stylist tu.

bila aku tunjuk je rambut aku, terbeliak mata dia.

"wah, panjang wo rambut you!"

lepas tu, mulalah dia dok interview aku tanya itu ini. dia cakap rambut aku lawa tapi kat bawah rosak sikit sebab tak buat treatment. haha.

"you punya husband tak marah ke rambut you panjang macam ini?" -_____-" boleh pulak dia cakap aku ada husband.

nak je aku jawab, "muka aku ni macam wanita pertengahan usia ke?" T_T

tapi yang terkeluar dari mulut aku, "I tak da husband, hehe" sambil tersengih-sengih, aku pun ngeri tengok muka aku, huduh.

lepas tu ada sorang lagi stylist tu datang dok cakap cina dengan dia sambil usha rambut aku. aku dah cuak dah. dalam hati dok menyumpah-nyumpah diri sendiri, damn rambut aku rosak teruk lah ni! terus aku tanya dia, "kenapa, you punya kawan cakap rambut I rosak teruk ke?"

terus hair stylist aku jawab, "tak ada la, dia cakap you punya rambut cantik, tak tau bila dia punya rambut boleh ini panjang. cuma kena buat treatment saja la" haha lagi. bangga kejap aku time tu. tapi perasan tak dia asyik sebut pasal treatment je. nak pujuk aku suruh buat treatment lah tu! rm120 treatment dia weh, mana aku nak cekau duit. kalau nak buat treatment tu, haruslah aku gadai adik lelaki aku yang gendut tu, tu pun kalau ada yang nak beli. haha.

jadi, oleh kerana itu, banyaklah duit yang telah ku habiskan hari ni *sambil duduk bersimpuh tepi pintu kira duit dalam purse* bayar mahal pun berbaloilah servis dekat APT ni, tip top! potongan dia pun cantik, servis bagus, dia siap pakaikan serum yang mahal kat rambut aku for free lagi! i'm so gonna come again, Hair stylist-yang-aku-tak-tau-nama.

amboi, ini bajet early celebration untuk result exam yang nak keluar lagi dua minggu ke apa ni? *kecut perut sebut result exam* banyak betul kau spend ye Azzah! kalau result tak gempak sem ni, aku tak tau lah!

kalau result teruk lagi *touch wood, touch wood* haruslah aku gadai jam Casio tersebut bersama rambutku ini kat eBay. ada siapa-siapa nak beli?

p/s : RIP Whitney Houston.

Saturday, February 11, 2012

happy day :)

hello :)
today is one of the happiest day in my life. hehe.
watched my favourite Hindi movie of all time, Kuch Kuch Hota Hai this afternoon and just watched Liverpool beaten by Manchester United, 2-1! woohoooo! super happy! :)))

screw you, Suarez! tu lah kau racist sangat, kan dah kalah! boo ya! *puas hati aku*

by the way, I love this iklan! It makes me smile every time I watch it :)


see, small things can make me a happy girl ;)

p/s : dah tengok video 'pekerja KFC kurang ajar' + press conference si 'mangsa'. tolonglah jangan politikkan isu tu. and stop those racist comments! both parties are guilty, that's it.

Tuesday, January 24, 2012

the Great Outing II

18012012, our great outing season 2.
Times Square to Bukit Bintang, KL.

plan nak makan Seoul Garden, dah ada dalam LRT baru search directory Pavilion, tak ada rupanya. last-last makan Johnny's lagi -____-"

Popilla's tacos and nachos with cheese.

Tarbush's wrap, apa nama entah. lupa.

laksa dekat Food Republic Pavilion.

jumpa bapak Domo aku, rawwrr!
Tokyo Street, Pavilion.

Us and united buddy bears, Pavilion.

haha, bodoh.

muka-muka penat + lapar.

yeahhh, this time we bought 6 cream puffs! tamak haloba.

makan malam. hehe.


p/s : you guys should ask me how much I spent for shopping. you guys gonna be surprised with my answer and kauorang akan tertanya-tanya "betul ke Azzah ni??". :p

Sunday, December 18, 2011

Syahidah + Farizal


selamat berdua. selamat beranak cucu hendaknya.
selamat ke keluarga Ibrahim + Wan Su, Jan.
Amin.

Wednesday, November 30, 2011

UiTM Mock Trial the Musical 2011 rocks!

salam y'all :)
amboi lama benaq aih aku tak update blog ni nohhh.. *tu dia aihhh*
sorry okey, aku busy gila sekarang.
cuma baru-baru ni aku berpeluang luangkan masa pergi menonton mock trial pertama Fakulti Undang-undang UiTM, bertempat di Dewan Agong Tuanku Canselor.

apa itu mock trial?
mock trial ni macam sebuah persembahan teater yang memaparkan keadaan di dalam mahkamah, tapi dalam bentuk komedi.

tajuk mock trial ini ialah "Di Belakang Jalan Lurus". hah, nama macam kelas ko jah je kan. haha.
tapi, frankly speaking, untuk sebuah teater yang baru pertama kali dianjurkan oleh fakulti aku, memang HEBAT LAH! aku speechless, tak tahu perkataan apa paling sesuai menggambarkan kehebatannya.

memang best, kelakar nak mampus, sampai kalau boleh aku nak berguling-guling gelak dalam dewan tu. hehe. siap ada artis jemputan lagi tau! kau ada??

kredit foto: blog soleil m

kisah mengenai seorang suami, Amir yang curang terhadap isterinya, Nur Kasih bt Kasihan. bukan saja si suami curang dengan kawan baik isterinya sendiri, Latifah Londang tetapi juga... dengan manusia bernama lelaki, Jacob White Putih Melepak *panjang benor nama dia*
kisah menjadi suspen apabila si suami dijumpai mati. si isteri yang disahkan gila meroyan mati laki pula dituduh membunuh si suami. siapakah pembunuh sebenar??? *jeng jeng jeng*

kredit foto: blog cikctbudakbaik
antara barisan pelakon yang awesome.

Hakim : Tuam Hakim Datuk Memper-hoh
Interpreter mahkamah : 2 ekor manusia berambut palsu merah dan biru
bailif : polis mahkamah bangunnn, polis lelaki tak ada skrip.
Tertuduh : Nur Kasih bt Kasihan

Pendakwa raya :
Hajah Dayah Merbahayah
Siti Saka Sakaratulmaut
As-Sayed Tukiman Membuta Tuli

Peguam Bela :
Yaghibu Terburuk Cranberry
Hang Tua-la Hang Tau Tak
Ku Menggedik Ku Mengandong

Saksi-saksi :
Insp. Sasha Kelabu
Dr. Alisiyal Kunci Kau Kunci Hatiku
Datin Seri Paduka Dr. Jamilah bt Jamil J'J.J
Latifah Londang aka Seksitary
Jacob White Putih Melepak

ARTIS JEMPUTAN :
Imran Ajmain *woot woot!*
Fazley Yaakub

tepuk tangan paling gemuruh buat Tuan Hakim Datuk Memper-hoh dan Datin Seri Paduka Dr. Jamilah binti Jamil J'J.J.
kelakar gila dohhh!


p/s: dengar cerita akan ada mock trial kali kedua dalam semester ni, atas permintaan VC. tabik springggggg baq ang :)

Friday, November 4, 2011

I'm coming home

packing session.
tees - checked!
pants - checked!
random stuff - checked!
food - checked!
mp3 - charged!
handphone - charged!

Penang, here I come!

p/s : satu bilik havoc macam nak balik beraya Aidilfitri. dengan barang bersepah sana sini, dengan lagu pasang kuat-kuat segala bagai. haha. gonna miss these three orang gila :')

Sunday, October 16, 2011

Black & White


04102011
Law Dining & Etiquette Dinner, Grand Blue Wave Hotel.

compulsory for all Part 3 Law students and..
SUIT UP! *or you can always wear baju kurung for girls*

p/s : memang tak boleh serius kalau ada Ecah :D

Saturday, October 15, 2011

pepper for lunch, anyone?

serius muka aku nampak kebulur gila.

yummy yummy yummy, kacau kacau sendiri.

Location : Pepper Lunch Sunway Pyramid, +Wondermilk.

p/s : terima kasih daun keladi, Niesah sebab belanja kita-kitaorang yang tak dapat JPA macam kau T__T

photos credit to : Arnieazr

Monday, August 29, 2011

... bahawa esok raya.

SALAM EIDUL FITRI.
MINAL AIDIL WALFAIZIN.
DARI MOHD AFANDI IBRAHIM DAN KELUARGA.

3 days, 4 malls, 5 things.

Khamis, Jumaat, Sabtu.
AEON Jusco Seberang Prai City, Sunshine Bayan Baru, Queensbay Mall, 1st Avenue Mall.
Tudung, baju, seluar, kasut, shades.

these pictures were taken when we're about to break our fast in Jusco.

mummy dan si montel-si montel nya.

suka makan dekat food court Jusco, warna-warni. rasa macam kanak-kanak.

p/s : ni bukan 'shop till you drop' dah, tapi dah jadi 'shop till you break your own legs'.

Wednesday, August 24, 2011

Lumayan capek

Alhamdulilah, syukur nikmat! akhirnya, hari ni habis jugak tempahan biskut raya aku siapkan. berminggu-minggu aku dok pulun tolong mak aku buat biskut raya. kauorang jangan tak tahu, mak dan ayah aku ni tauke biskut raya dan katering. haha.

ya Allah, rasa macam tak percaya je semua dah siap on time. Allah dah permudahkan pekerjaan aku :')

kalian ndak tau betapa capek dan lelahnya ngebuat kuih yang tempahannya sampe berpuluh-puluh ribu. ditambah lagi ini tahun mak ndak menggaji bibik untuk ngembantu aku dan mak. sekarang baru aku tau gimana rasa capek dan lelah yang mak ngerasa selama ni. bisa nangis tau nggak akibat terlalu kecapekan! akibat terlalu lama duduk bersila di lantai, kaki aku jadi sakit-sakit semuanya! aku ngerasa seperti orang tua yang sakit lutut. jalannya juga udah jadi aneh. iya kerna itu dong, aku udah lama ndak ngepost apa-apa disini. terlalu capek untuk melakukan apa pun, tau!

yang menjadi pembakar semangat aku sama mak hanyalah apabila mikirin tentang betapa seru dan terujanya bila tiba waktu bershopping persiapan lebaran nanti. waktu bershopping adalah waktu yang paling ditunggu-tunggu oleh aku sama mak. yayy! :)

*haa, kan dah keluar dah bahasa bangka-belitung aku* haha.

okeylah, nanti kalau rajin, i tunjuk gambar biskut raya i yang meriah kebabom kat u'olls ye.

p/s : HAPPY BIRTHDAY, FATIN ISMAIL! LOVE YOU MARSHMALLOW :)

Thursday, August 18, 2011

Majlis Iftar Bersama Anak-anak Yatim Rumah Permata Kasih

14 Ramadhan, 2011.
Keluarga aku buat majlis berbuka dengan anak-anak yatim Rumah Permata Kasih, Permatang Pauh sambil sedekah apa-apa yang termampu.

Rumah Permata Kasih.

anak-anak ini diambil ukuran badan untuk dibeli baju raya.

terima kasih Rumah Permata Kasih kerana sudi menerima kunjungan kami yang tak seberapa ini. Ramadhan kali ini memang betul-betul bermakna buat aku dan keluarga aku. banyak dugaan dan perkara-perkara indah yang aku baru tempuhi terjadi. syukur Alhamdulillah. kunjungan ni betul-betul menginsafkan aku.

so, kepada kauorang semua, bulan puasa ni jangan lah membazir, jangan lupa diri. ingat, dalam susah-susah kita ni, ada lagi yang lebih susah. simpan duit yang kauorang plan nak makan buffet kat hotel tu dan sedekah pada anak-anak yatim yang makan pun ala kadar. tak macam kita. ada duit joli sana sini. ingat duniawi sangat sampai lupa akhirat.

salam,
Keluarga Wan Su & Ibrahim.