Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts

Thursday, February 9, 2012

puisi tahun lalu

"Tak tahu engkau di mana
Tapi, kulihat dirimu, antara bayang pohon willow
Kudengar suaramu, antara riak Sungai Darrow
Dan kucium dirimu, dalam angin yang berhembus dari utara"
- Andrea Hirata, Maryamah Karpov.

Thursday, June 23, 2011

wanita dari mimpi ngeri

*tribute buat arwah nenekku, Hjh Wan Su Wan Yahaya*

Awan mendung merangkak,
berhimpun di satu ruang,
udara tak berhujung,
murung mendung sore itu,
membawa satu khabar derita,
kisah malang seorang
wanita bernama pejuang,
suatu kehidupan sepahit
kopi pekat tanpa gula,
tentang perasaan yang ditabur tuba
sampai tinggal sisa.

Dari mimpi ngeri dia bangun,
melaung dari hujung nyawa,
manusia, sudah-sudahlah mengeji caci!
aku sudah penat,
menunggu mati cuma.


Pulau Pinang,
28 Februari 2011.

puisi aku ini terkandung dalam buku antologi puisi remaja yang bertajuk 'Air Mata Arkadia' yang diterbitkan bersama rakan-rakan pemuisi remaja yang lain.
special edition. tak terdapat di toko-toko buku. hehe.

Sunday, June 5, 2011

ganja

ganja.
main-main dalam otak aku.
kemudian lesap.
mana pergi?
aku mahu.
benar-benar mahu.
tolonglah beri, aku tak larat nak bangun pun!
longlai.
aku mahu, tak tipu.
aaarghhh!
iya, aku penagih.
yang terpaling tegar.
bagilah!

ganja.
meleleh-leleh air hidung aku.
macam nak mati.
tak daya nak gapai.
tolong, siapa-siapa ambilkan!
aku tak ada duit.
kau bayarkan, boleh?
kau tak paham.
aku cuma ada ganja.
macam mana nak beri kau duit?
kalau yang aku ada cuma ganja?
hidup.
jiwa raga semua.
arghh! senaklah begini!

ganja,
mana kau, ganja?
di mana boleh aku cari?
aku tak kuat nak merangkak pun.
datanglah, terbang.
macam dalam mimpi.

Sunday, May 8, 2011

tirai


senja,
aku biarkan
semut berkejaran
hujan bertempiasan
a g a r
hati yang lusuh
mampu bertahan.





8.16 pm
1.5.2011
Bilik 420 Kenanga 5.

Wednesday, March 23, 2011

Satu

Malam ini,
dalam warna merah romantis,
kita berjumpa.
Matamu dalam dakapan mataku,
lembut membelai rasa.
Aku sentuh tulang rusukmu yang
hilang satu itu,
terasa kehangatannya,
aku jadi kaku.
Kelu.

Aku cuma tersedar dari
lamunan,
bila dahiku kau sapa lembut
dengan ciuman.
Aku yang masih lagi membisu,
kerna jawapannya ada di situ.
Bertubi-tubi degup jantung
memberitahu,
akulah ia.

Tulang rusukmu yang hilang itu.

11.50 pagi,
21 Mac 2011.
Cempaka 1.

Saturday, March 12, 2011

hari ini (aku tahu kau dah tak sudi)

hari ini,
aku beri kau satu ruang,
yang baru, yang hati tak nyilu.
hari ini,
aku relakan diri jadi objek cercaanmu,
kau keliru, aku tahu.

hari ini,
aku beri kau ruang,
kau boleh bebas berlari, tak perlu pandang ke belakang.
hari ini,
renyai hujan jadi saksi,
beban perasaan yang kau lepas pergi,
merembeskan aku dengan keperihan hati.

hari ini,
aku beri kau ruang,
aku tahu kau bosan, cela yang terulang-ulang.
hari ini,
rasaku cuma layak dilumat mati,
kerna koyak di hatimu tak dapat aku jahit kembali.

ini kali aku mengerti,
sudah tidak layak lagi aku.
tidak layak sudah.

maafkan aku.

Thursday, February 3, 2011

ekspres rakyat

bila apa pun tak ada untuk dikerjakan,
tidur pun dah tak bisa dilenakan,
kutip pensel dari dalam beg,
buku kecil puzzle aku buka halaman satu.

*bunyi pensel menggores kertas*

cari perkataan satu persatu.
tunduk yang terlalu lama buat kepala pusing.

*buang pandangan ke luar tingkap besar*

*mengeluh*
bila mau sampainya?
perlahan yang terlalu,
bukan waktu, bukan aku,
tapi gerabak-gerabak Tanah Melayu.

*tunduk*
menggores mencari perkataan satu lagi.
bingo! selesai.
tutup buku campak ke tepi.
korek beg, capai ROTTW.
selak halaman entah berapa,
nah, ini dia!
My Chemical Romance punya cerita.
aku baca.
*diam macam batu*

baru baca dua muka,
buku aku tutup.
lapar perut mencucuk-cucuk.
katanya kelas pertama,
makan minum percumanya mana?

*mengeluh panjang*
bayar puluhan ringgit untuk kerusi buruk lapuk,
untuk roda-roda lembab bergerak.
mujur untuk bertemu keluarga.
mujur sungguh.
kalau bukan kerana mereka,
aku tak sudi nak tumpang kau, gerabak lama!

*tengok jam di telefon*
11.15 malam.
patutnya jam 10 kaki dah menjejak bumi bukit mertajam.
11.27 malam.
hampir.
dengar pengumuman di speaker yang tua.
capai semua beg.
galas yang satu itu.
yang lain dijinjit, digendong.
tren besi buruk berhenti.

*berjalan ke pintu koc N*
ahh, akhirnya.
tepat di hadapan mata tiga manusia itu kau berhenti.

*senyum*
yang aku rindu mereka-mereka itu.

Saturday, January 22, 2011

hey pari-pari

Hey pari-pariku!
Pari-pariku yang aku rindu.
Hey pari-pariku!
Pari-pariku yang selalu sayu,
Jangan begitu.
Hey pari-pariku!
Pandang ke luar tingkapmu,
Lihat matahari gantikan aku sinari harimu,
Lihat gemerlap bintang hiasi tidurmu.
Hey pari-pariku!
Kamu tak malang, tahu.
Ramai yang sayang kamu,
Termasuk aku yang jauh beribu batu.
Hey pari-pariku!
Pari-pari yang aku risaukan selalu,
Buat aku makan pun tak lalu,
Tolong berikan senyummu padaku.
Hey pari-pariku!
Mungkin aku tak dendangkan lagu,
Mungkin aku tak punya duit beribu,
Mungkin aku muka tak jambu,
Tapi aku ada cinta untukmu,
Hanya untukmu,
Pari-pariku yang jauh dari mataku.

Di atas tilam merah jambu,
11.47 p.m.
8 Mac 2010.

i'm missing you.

p/s: shoot, aku tercampak satu puisi! tapi tak tau dimana. oh puisi ku T_T

Tuesday, December 14, 2010

jangan

jangan.
jangan lupakan aku.
jangan lupakan nama aku.
aku pohon,
tolonglah... jangan!

jangan.
aku tak mahu tengok kau dengan orang lain.
aku mahu aku lah orang itu,
orang yang kau takkan lupa.

*mengeluh*

jangan.
aku tak ingin lihat kau berubah.
aku mahu kau selalu begini,
aku mahu kau letak cuma aku dalam hati.
jangan... bukan dia, bukan orang lain!

ahh, entahlah. *mengeluh*

jangan.
jangan kau cakap kau tak sayang aku.
jangan kau cakap yang kau cinta bukan aku!

jangan sayang... jangan!

*sebak*

jangan.
jangan kau buat aku terduduk menangis.
jangan kau buat aku merayu meraung mahukan kamu.
bukan kau tak mengerti aku lagi.
bukan kau kenal aku dua, tiga hari.

tolonglah... aku tak rela hilang kau!

jangan.
jangan buat aku simpan semua perasaan suka ini.
aku mahu khabarkan pada kau.
jangan kau pura-pura pekak, bisu, buta.
fahamilah, aku terseksa lihat semua ini!

jangan sayang...
aku mahu kau.
aku mahu kau.
sumpah!

aku benar-benar mahu semua ini jadi kenyataan,
bukan angan-angan!
tolonglah sayang... jangan kau lepaskan aku!