Monday, January 31, 2011

aktiviti

baru selesai makan tengah hari.
tadi, baru nak start menaip post ni, tiba-tiba mak bapak aku panggil turun makan.
bukan selalu dapat makan masakan mak aku, bukan selalu jugak dapat makan satu famili.
iyalah, jauh di perantauan lah katakan :)

dah 4 hari aku kat rumah.
sampai di stesen kereta api di sini pukul 11.30 malam, jumaat lepas.
tren aku delayed 1 jam masa dekat KL Sentral.
lepas tu, tren tu pulak jalannya slow, lembab nak mampus T_T

baiklah, aktiviti minggu ni apa ya?
setakat ni tak ada apa-apa aktiviti lagi selain buat assignment Kelab Apresiasi Sastera aku tu dan buat case study.
oh ya, lupa. sabtu lepas aku tolong mak aku buat biskut, ada orang tempah.
aku pun dah lama tak buat biskut, jadi aku pun buatlah chocolate chip cookies favorite aku, resipi sendiri okay :)
sedap gilaaaa, jangan jeles. haha.

*mengeluh*
sebenarnya teringin nak keluar berjalan-jalan dengan famili aku.
tapi mak bapak aku macam busy lagi :(

okay lah, nak sambung buat assignment dulu.
will update later :)

Thursday, January 27, 2011

marrymebaby.

i see people around me getting married.
and then, they'll go honeymoon somewhere romantic.
tell everyone about their happy moments together.
then build a family of their own.
in their own house.
no matter they rent it or buy it.
a small one or maybe a big one. it doesn't matter.
having children.
a daughter or two.
a son or two. or maybe three.
they'll raise their own children.
fetch them to school everyday.
pick them up later that day.
have dinner together.
daddy will read story books at night.
mummy makes breakfast in the morning.

the truth is,
i envy them :(
i want have a family of my own too.

to put it in simple words..
AKU NAK KAHWIN!!!! *tiba-tiba malu tersipu-sipu*

Nasrul Hafidzi, sila masuk meminang cepat *yang ni aku tak malu*

home

i'm going home.
it's the only place where i belong.
:)

tomorrow, 3 p.m., taking the train - to go HOME.


pulau pinang, aku pulang...

Sunday, January 23, 2011

you are the word stupid

hey, what so funny about calling people stupid? oh, just because we don't have a degree or phD or whatever shit like you have, so you can just call us STUPID?? just because we don't have lots of money like you, we don't drive in big car like you do, you can call us STUPID?? just because we don't speak english as gooooood as your family, you can call us STUPID????

hey, just because we never and perhaps will never had a chance to study in U.S, in England like you and your family did, you have the right to call us STUPID??? is that what you really learn when you study?

well, you know what? although we, the poor people never have luck like you have, we know how to respect people. we were taught since childhood to respect people. i guess this is what you got after years spending your life in western countries - you became as rude as they are! you really make me sick. i'm embarrassed to admit that you're a malay! you pray 5 times a day, you teach your family to follow the religion, to avoid sins, but guess what? you and your family are doing the other way round! are you proud of it? greedy, selfish people like you and your family will never ever satisfy with every single thing God has given you!

i hope you read this.
f*ck you!

Saturday, January 22, 2011

hey pari-pari

Hey pari-pariku!
Pari-pariku yang aku rindu.
Hey pari-pariku!
Pari-pariku yang selalu sayu,
Jangan begitu.
Hey pari-pariku!
Pandang ke luar tingkapmu,
Lihat matahari gantikan aku sinari harimu,
Lihat gemerlap bintang hiasi tidurmu.
Hey pari-pariku!
Kamu tak malang, tahu.
Ramai yang sayang kamu,
Termasuk aku yang jauh beribu batu.
Hey pari-pariku!
Pari-pari yang aku risaukan selalu,
Buat aku makan pun tak lalu,
Tolong berikan senyummu padaku.
Hey pari-pariku!
Mungkin aku tak dendangkan lagu,
Mungkin aku tak punya duit beribu,
Mungkin aku muka tak jambu,
Tapi aku ada cinta untukmu,
Hanya untukmu,
Pari-pariku yang jauh dari mataku.

Di atas tilam merah jambu,
11.47 p.m.
8 Mac 2010.

i'm missing you.

p/s: shoot, aku tercampak satu puisi! tapi tak tau dimana. oh puisi ku T_T

Friday, January 21, 2011

animal

"We're sick like animals
We play pretend
You're just a cannibal
And I'm afraid I wont get out alive
No I won't sleep tonight ...
I feel the chemicals kickin' in
It's gettin' heavier
I wanna run and hide
I wanna run and hide
I do it every time
You're killin' me now
And I won't be denied by you
The animal inside of you"
Animal by Neon Trees.

you're an animal. yes, YOU!

neon trees

my current favorite band. so into neon trees right now :)


by the way, teruja tengok drummerband ni perempuan - COOL SIOT! :D and that tyler glenn (vocals) memang superb lah suara dia. cuma tension sikit tengok rambut dia. memang comel sangat, macam muka baby... awww *sambil mata pandang atas lepas tu dua-dua tangan letak kat bahu* -_- (sindir je). tolonglah mohawk kan balik rambut tersebut. haha.

p/s: go listen to their songs and and go to youtube and then tengok video neon trees nyanyi lagu justin bieber, baby. love it!

sick

demam :( tak teruk tapi sangat tak selesa :(
sedihnya kali ni tak ada orang nak jaga aku time sakit :(

Wednesday, January 19, 2011

bed intruder


you don't have to come and confess,
we lookin for you,
we gon find you, we gon find you.

*haha. perfect song. dah addicted dengan lagu ni. thanks to you, ecah and mary. love you. haha*

korang pernah tak dengar lagu ni? takk?? pergi searchdan tengok original video dia di youtube!


*sambung nyanyi balik...*
you are so dumb,
you are really dumb - for real

hahaha.

Saturday, January 15, 2011

rawr!

domo-kun! nak benda alah ni sangat sangat! :(
sayangggg, belikan please.. hehe.

well, this cute benda alah reminds me of...

siti nur raudhah!


the master of destruction. haha

comel auntie ni dah besar dah. tunggu auntie balik penang tau! nanti sleepover rumah autie lagi! *amboi, 'auntie'. tak boleh blah. haha*

p/s: i miss my mummy. my daddy. my brother. my baby sister T_T

oops almost terlupa, domo's photo was taken from dustin diaz photography.

Friday, January 14, 2011

perasaanku tentang kamu

aku rindu wajah kamu. teringin aku nak cubit pipi comel kamu lagi, terlalu rindu.
aku rindu senyum kamu. terlalu sempurna manisnya. buat aku lebih rindu.
aku rindu ketawa kamu. kau sering ketawakan aku bila kau kenakan aku dan aku betul-betul percaya. kamu jahat tapi aku masih rindu kamu.
aku rindu dimarah kamu. aku takut, aku menangis bila kau marah. tapi itu kau. aku tau kau tetap tersenyum bila kau marah. kau kata kelakar tengok muka aku, telatah aku. aku rindu.
aku rindu cubit kamu. sakit, berair mataku menahan pedih tapi aku tetap rindu.
aku rindu gigit kamu. tajam gigi kamu sampai lebam hitam lengan aku. tapi aku rindu.

aku terlampau rindu kamu, sayang. sebanyak mana aku rindu keluargaku, sebanyak itu juga rindu aku untuk kau. aku tak pernah mahu menangis, aku mahu kuatkan semangat. tapi aku tak sekuat manusia lain untuk tidak menangis. bila aku sendiri, tanpa teman-teman, aku tetap menangis.

aku penat, terlalu penat untuk rindukan kamu dan keluargaku. aku mahu selalu ada dalam pelukan kamu, aku mahu sentiasa ada di depan mata keluargaku. aku tak mahu keseorangan di sini. tapi percaya kata-kata aku, aku takkan pernah berhenti merindui kamu. rindu aku takkan pernah habis, terlalu banyak. bila kau berdiri di depan ku, rindu itu masih ada. bila kau tak disisi, rindu itu berganda. sudah, dah tiada kata boleh aku jelaskan perasaan aku. biar cuma aku dan kamu yang tahu.

cepatlah pulang sayang, aku benar-benar rindu kamu. :(

Thursday, January 13, 2011

pop art on sunday

09012011. the last day i spent with nasrul before he left. we used the very precious but limited time to walk around petaling street - one of the place in kl where we haven't been together before. then, from petaling street, we walked up to my favourite place - CENTRAL MARKET! :D

and, there's one more new thing we did together - visiting art gallery in Central Market Annexe. it's called 'american pop art vs chinese pop art'. very very interesting paintings, love it!

you, me, nasi kandar and kuala lumpur

07012011

shoot! kenapa aku nampak chubby dalam foto ni? itulah, banyak sangat minum three layer tea dan makan roti bom :D

i love you, baby.

nasib tak ada budak-budak shuffle time ni. kalau ada nak aje aku sepak muka sorang-sorang -_-



ya, aku tauhu, semua foto aku nampak chubby sikit :( tapi nak buat macam mana, orang kuat makan :) *tahu pun tereja tauhu, nampak sangat kebulur* T_T

Wednesday, January 12, 2011

forget you

currently listening to 'Forget You' by Glee cast feat. Gwyneth Paltrow. her voice is freaking awesome. love it love it and love her too :)


nak dengar lagu ni sampai termuntah :D

i am half in love

... with the Salvatore brothers *blame it on my mum, she made me watch the vampire diaries* :D



p/s: vampire diaries pun ada team damon, team stefan macam twilight jugak ke? o.O

from pitch black to red

look who's out with new album, Danger Days: The True Lives Of The Fabulous Killjoys... and new style! *the colourful clothes and HAIR especially* :D











by the way, mikey looks like a vampire from Twilight movie. hehe.
nahh, no matter what, still gonna love 'em. :D

p/s: I MISS NASRUL HAFIDZI :(

Saturday, January 8, 2011

oxford is mine



oh, yes.

i forgot to tell you that i've moved into kolej kenanga. yayy! my parents are too worry about me living in rumah sewa have asked me to apply kolej kenanga after i told them that most of my friends succeeded in their application. so off i went to kolej kenanga's pengetua to apply. and here i am, being the residence of kolej kenanga! Alhamdulillah.

aku suka sangat kolej ni. in fact, satu-satunya impian aku is to be it's residence. nampak sangat menipu -_-" ok fine, salah satu target aku since aku jadi student uitm ni lah. do you wanna know why? sebabnya, kolej ni betul-betul depan fakulti aku. nak jalan pergi kelas just 2, 3 minit je. kalau kelas cancel ke, ada gap kelas ke, boleh balik bilik, bukak pintu lepas tu terus terjun atas katil. ok, sebelum tu kena tutup pintu dan cabut tudung. bajet wanita muslimah sangat ke kau tidur pakai tudung -_-"

haha. apa pun, i'm not stranded in seksyen 7 alone anymore!

p/s: seriously, i have to be frank, i'm not sure whether i can live on my own yet. it's a scary world outside o.O

Friday, January 7, 2011

dear God, You have made dreams come true

siang tadi keluar dengan sayang aku. alhamdulillah, dia cakap dia dah dapat kerja impian dia, kerja kapal. hari isnin ni insyaAllah dah naik kapal...

tahniah sayang! ayang happy untuk sayang.

sebenarnya, bila dia khabarkan pada aku tadi aku menangis - banyak kali jugak sebab dia mengusik aku. aku gembira untuk dia tapi aku sedih jugak! aku tak nak berjauhan dengan dia lagi. aku nak selalu dengan dia, tapi aku tau tak mungkin boleh jadi macam tu sekarang. this is his dream, his future, our future. i have to let him go and fulfill his dream.

i'm not as strong as some people thought i might be. i cry when i have to live life far apart from the ones i love. i cry and cry when i think about them. how can i, live in this city ALONE when my family is in penang and he... is leaving to work abroad? T_T

ya Allah ya Tuhanku,
Kau kuatkanlah semangatku. Kau tabahkanlah hatiku untuk menghadapi dugaan-dugaanMu ya Allah. Kau siapkanlah aku untuk menghadapi perpisahan yang sementara ini. sesungguhnya Engkau Tuhan yang maha Penyayang lagi maha Pengasih.

ya Allah ya Tuhanku,
aku bersyukur ke hadratMu kerana Engkau telah memakbulkan doaku dan doa kekasihku. Kau telah memakbulkan impian nasrul untuk bekerja di atas kapal. ya Allah, Kau berikanlah rezekiMu yang halal pada nasrul. Kau permudahkanlah setiap pekerjaannya ya Allah. Kau peliharalah dia dari sebarang kemungkaran dan kemaksiatan, keburukan dan kejahatan. Kau lindungilah keselamatan dan kesihatan nasrul ya Allah. sesungguhnya Engkau Tuhan yang maha Pelindung.

ya Allah ya Tuhanku,
Kau tetapkanlah hatiku dan nasrul untuk terus mencintai satu sama lain hingga ke akhir hayat kami. ya Tuhanku, Kau teguhkanlah cinta kami walau apa pun yang datang melanda. Kau tetapkanlah hati dan cinta nasrul hanya untukku. janganlah Kau biarkan dia berubah hati, ya Allah. sesungguhnya Kau maha Mengetahui betapa aku mengasihinya.

Amin.


I LOVE YOU.

i don't like being alone

...because that's not what i dream for a living.
- Azzah Afandi.

steal-heart

When I see your face
There's NOT A THING that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The WHOLE WORLD STOPS AND STARES for awhile
Cause boy YOU'RE AMAZING
Just the way you are.

Tuesday, January 4, 2011

talk to my hand

okay, first of all, please forgive me for not publishing any post since i came back from kl for the rumah sewa hunt. BLAME THE BROADBAND! broadband aku tiba-tiba rosak dan terpaksa dibaiki.

oh, now i'm in my rumah sewa which is a flat. i share with 3 unisel students, 1 uitm senior student and ecah! but unfortunately for me, ecah is moving out today since she apply for kolej kenanga. tinggallah aku seorang T_T sedih dowh hidup jauh dari family macam ni. kalau duduk kat kolej tu at least tak terasa sangat macam ni. bila duduk rumah sewa ni, everything kena buat sendiri. tambah lagi kalau kau tak ada geng, memang lone ranger lah kau! isk.

satu lagi masalah yang aku tension sangat ialah, bas. iya, bas. masalahnya bukan susah nak mencari bas. bas setiap masa lalu lalang. tapi, aku tension naik rapid bus bila driver nak kaut untung terlampau lebih sangat sampai penuh penumpang dalam satu bas. ini bukan tin sardin dah, tapi yang ni dah jadi macam milo fuze kau tau. sakit kepala aku tadi, dah lah panas, sempit pulak tu. nak bernafas pun payah. aku nak kereta, aku dah tak tahan macam ni. ha berangan lah azzah oi, siapa nak bagi kau kereta, cakap macam kereta tu ada jual kat kedai runcit kat bawah je T_T

lagi tension hari ni sebab aku bangun awal, dalam pukul 1 tengah hari tadi *awal kejadahnya*. er, kira awallah sebab semalam lepak kat danau kota balik pukul 4 pagi! lepas tu, bangun, mandi, pergi turun tapau makanan tengah hari, naik balik ke rumah di tingkat 2, makan, bersiap, turun semula dan berjalanlah aku ke bus stop. bas sampai aku naik sampai ke fakulti *semangat gila ni nak masuk kelas french, mentang-mentang dapat A sem lepas*. dah jumpa kelas lepas tu duduk lah dalam kelas dengan maryam, ecah dan aiman amalina. kelas besar, studentnya 4 orang je, pelik jugak aku. ring ring, telefon maryan berbunyi dan lepas tu dia sampaikan berita bodoh tersebut kat aku. kelas french hari ni dah dibatalkan, memang tak wujud dah kelas C tu sebenarnya. dengan tenionnya aku pun balik lah dengan ecah berhimpit-himpit dalam bas dan kepanasan. rasa macam nak mencarut. itu saja.