Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Saturday, April 7, 2012

Palestina

Baru selesai menonton filem Turki, Valley of the Wolves: Palestine.
sedih. sedih gila. aku sampai menangis-nangis tengok.
tapi yang aku hairannya, orang lain boleh bersorak-sorak tengok hero handsome. pffft!
budak-budak ni layan filem ni macam dorang layan filem Melayu Malaysia yang ada Fahrin Ahmad, Aaron Aziz berlakon.

*mengeluh*

haiish, Malaysia, Malaysia...
orang Malaysia cuma pandai merungut. ini tak boleh, itu tak boleh. nak buat ni tak larat, nak buat tu penat.
orang Palestin sana dah tak ada apa nak dirungut lagi. happy ending bagi mereka cuma wujud dalam mimpi, barangkali.

Allah akan bagi kalian happy ending, saudaraku. tak berapa lama saja lagi, insyaAllah..
masa aku tonton filem ni air mata aku asyik mengalir je, baru aku sedar merekalah penghuni-penghuni syurga Allah..

dan setiap kali aku dengar perkataan Palestin, aku doa, tolonglah Tuhan makbulkan doa aku ke Palestin.. kalau syahid pun aku rela.

Friday, September 2, 2011

Hantu Bonceng yang mengecewakan

mengecewakan! itu perkataan pertama yang keluar dari mulut aku selepas aku menonton filem 'Hantu Bonceng' sebentar tadi. filem arahan Ahmad Idham yang dibintangi oleh Zizan Razak, Juliana Evans dan ramai lagi ini pada aku gagal mempergunakan sebaik-baiknya sense of humor yang ada pada Zizan untuk membuatkan filem ini lebih umphh. kebanyakan lawak yang Zizan buat semuanya lawak ulang dari Maharaja Lawak. tak aku nafikan, memang ada lawak yang benar-benar kelakar tapi perlu lebih banyak lagi lawak fresh supaya penonton tak bosan.

salah satu babak dalam Hantu Bonceng.

jalan cerita filem ini pun longgar dan boleh dikatakan tak ada kena-mengena dengan tajuknya. ini kerana, belum pun sampai satu jam, misteri hantu yang menggangu hidup Amran lakonan Zizan, telah terjawab. jadi, the remaining 45 minutes memang out of topic dah.

sesungguhnya memang aku kecewa apatah lagi aku memang menaruh harapan yang tinggi untuk filem ini selepas kejayaan Zizan dalam filem KL Gangster. Hantu Bonceng pada aku tidaklah seteruk mana, tetapi hanya okey-okey saja. sejujurnya, pada pendapat aku, Ahmad Idham taklah berjaya sangat sebagai seorang pengarah filem komedi. mungkin sebab dia dah senior, idea pun tak sesegar pengarah-pengarah muda. apa yang penting, filem ini memberi penonton banyak pengajaran yang berguna.

apa-apa pun Zizan, I tetap suka kat you. I lebiu lah! hehe.

Thursday, June 16, 2011

Gangster Karak

helo leng chai, leng loi.
sekarang gua nak cakap lu gua dengan lu. lu tak suka, ada gua kisah ke?
baru je beberapa jam lepas gua pergi tonton filem KL Gangster dengan mak and adik-adik gua.

Mak gua yang ajak tengok cerita ni. mak gua, lu percaya takk? perghhh, mak gua sekarang... lepas-lepas tengok cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah, terus terbuka hati nak tengok cerita Melayu. terus teranglah gua kasi tau sama lu, gua pun bukan minat bebenor cerita Melayu *tiba-tiba termasuk loghat Perak* ni kalau mak gua tak ajak pergi tadi, memang gua tak tengok lah cerita ni.

gua kasi tau sama lu terang-terang eh, ini cerita baik lu pergi mati. eh, bukan pergi mati, pergi tengok. haha *gelak macam taiko Petaling Street* memang best gua cakap lu. gua pun terkejut dengan apa yang mata gua nampak. gua sendiri terkejut, gua ingat gua mimpi saja pergi tengok ini cerita. gua ingat gua silap masuk pawagam tadi sebab bukan Melayu pun ada yang tonton cerita ni.

serius gua cakap, pergi lah tengok.

haiya, ini hari gua kena rendahkan ego gua. gua kena tabik sama taiko Syamsul Yusof lah. tak pernah gua sangka dalam hidup gua, gua akan tonton cerita dia bikin punya *tapi serius cerita dia yang lain-lain tu tak berminat* ini first time maa. haiyaa, tak percaya mei? pergi tengok sendiri lah! *termasuk Ah Chai pulok*

ini bukan Mail Lambong eh, ini Abang Long Dil.
salute sama ini leng chai lah. haiyaa.
lu orang jangan terpedaya pun. ini orang tarak ganas punya.
dalam hati ada taman ni.



oh gua lupa nak cerita sama lu kenapa entry gua tajuk gangster karak. minggu lepas gua pergi tonton cerita Karak maa. tarak best punya woo. tak payah tengok lah ho?