Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Friday, February 17, 2012

Pulau Sayak

06022012
Pulau Sayak, Kedah Darul Aman.

le inspektor bako ikan.

le dua orang gila memancing.

le dua orang gila memancing dapat ini saja.

le boroi girl. haha.

le daddy in blue shirt.

pertandingan bina istana takeshi.

le pengadils.

istana grup aku yang awesome, siap ada taman larangan oh.

istana grup yang kalah. haha *padahal grup aku menang sebab dapat markah kesian*

apa nama game ni? yang kena buat aksi tanpa bercakap, kemudian orang teka. regu ke namanya? ini geng anak-anak memang kejam. kitorang suruh mami buat aksi Kuch Kuch Hota Hai, hah jenuh nak buat aksi, yang nak jawab pun terkial-kial. haha.

berkat kesabaran usaha tangga kejayaan Pak Su dan Jan. terbaikkk!

Sunday, December 18, 2011

Syahidah + Farizal


selamat berdua. selamat beranak cucu hendaknya.
selamat ke keluarga Ibrahim + Wan Su, Jan.
Amin.

Wednesday, November 30, 2011

sakit sihat kaya miskin gembira sedih. semuanya dugaan dari Tuhan.

Ibu saudara aku yang aku panggil mummy baru selamat menjalani pembedahan kanser payudara petang tadi.
alhamdulillah, she's fine.
sabarlah mummy, sabarlah.
ini dugaan, tabahlah.
:')

Saturday, October 15, 2011

brother bear

SELAMAT ULANGTAHUN YANG KE-17, GENDUT.
SEMOGA HANG BERJAYA DUNIA AKHIRAT.
AMIN.
LOVE YA, BROTHER BEAR!
haha.

tu dia aih!

Sunday, October 2, 2011

we all grow up... and get prettier

THEN

yup, that's me in white tee and short pants on hari raya. cool right??
*I know i'm awesome*

NOW

all grown ups and getting married and having children.
*and I'm still awesome*

p/s : I miss my mummy and daddy and aunties and uncles and sisters and brothers sooooooo much :(

Friday, September 2, 2011

Sheeps

a night out with the cousins. watched Hantu Bonceng and had a kick-ass fun together.
i love you guys so much!

kak limah pun sibuk nak interframe jugak!

apo kono eh jang? usain bolt fanatics.

good night, folks!

Monday, August 29, 2011

3 days, 4 malls, 5 things.

Khamis, Jumaat, Sabtu.
AEON Jusco Seberang Prai City, Sunshine Bayan Baru, Queensbay Mall, 1st Avenue Mall.
Tudung, baju, seluar, kasut, shades.

these pictures were taken when we're about to break our fast in Jusco.

mummy dan si montel-si montel nya.

suka makan dekat food court Jusco, warna-warni. rasa macam kanak-kanak.

p/s : ni bukan 'shop till you drop' dah, tapi dah jadi 'shop till you break your own legs'.

Monday, August 8, 2011

Operasi

salam.
maaf dah lama tak post entri, sibuk tolong bisnes parents aku.
esok hari selasa, adik aku akan menjalani operasi mengambil air tulang sumsumnya.
harap-harap semua berjalan lancar.
kalian, tolong doakan, ye?
terima kasih :)
Ya Tuhanku, Kau peliharalah keselamatan dan kesihatan Shafiqah esok.
semoga dengan rahmat serta perlindunganMu, segalanya berjalan lancar.
Amin..

Friday, July 29, 2011

un, deux.. trois!

22072011, majlis kesyukuran sambut puasa dan sambutan hari jadi ahli-ahli keluarga yang dilahirkan pada bulan Julai.

aku kalau makan memang tak nampak kamera dah.

posing maut tahap mintak pelempang

kek tiga tingkat siot, setiap kek different flavor *shooooot!* paling sedap, chocolate mousse cake, tahap sanggup kikis pinggan

26072011, surprise birthday party untuk Baby. thanks mummy, mamu, maksu, paksu, syahmi, siti and eida :')

kek aiskrim coklat yang sedap tahap berebut last piece sampai terkoyak kotak kek.


p/s : esok nak ke Sedim, Kedah dengan keluarga. dijemput untuk makan durian dan sambil tu nak piknik puas-puas sebelum puasa. haha.

Bonjour, Qiesha Zara

22072011
my newborn niece :)

aawwww.. sleeping beside her Chinese and Indian friends :')

Tuesday, July 19, 2011

Tillykke

09072011
Syahidah Umamah et Mohd Farizal


p/s : more photos will be uploaded soon.

Sunday, July 17, 2011

1, 2, 3, 4


Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan

baa, mak, terima kasih :')

p/s : pasti menangis setiap kali dengar.

Saturday, July 16, 2011

sedikit tapi Alhamdulillah

salam :)
hari ni aku dah boleh senyum manis sikit *in fact, hari-hari pun aku senyum*
macam biasa seminggu ni tugas aku ulang alik dari rumah ke hospital. malam di hospital sampai ke pagi. kemudian mak aku ganti duty aku, then ayah hantar aku balik rumah kejap. petang ke hospital semula.

tadi ayah aku yang kerjanya puluhan kali ulang alik dari rumah dan hospital *kesian beliau* beritahu aku yang darah kuning adik aku dah meningkat dari 8 ke 12. tahap normal darah kuning seorang normal ialah 150. tapi adik aku, waktu pertama kali buat blood test, cuma ada 10, kemudian turun ke 5 dan seterusnya naik ke 8 dan tak berubah hingga ujian darah tadi ia meningkat ke 12. walaupun cuma naik sedikit, tapi aku tetap bersyukur! ALHAMDULILLAH!!!

doktor cakap dia dah boleh balik hari ni tapi ayah mintak doktor pantau dia hingga esok. jadi esok dah boleh pulang! :) Alhamdulillah!

hari selasa depan perlu ke hospital lagi untuk buat check-up lagi. tak mengapa, asalkan dia sihat!

kat sini aku nak ucapkan jutaan terima kasih pada semua yang mendoakan kesihatan adik aku. terima kasih banyak-banyak ye, Tuhan saja yang dapat balas kebaikan kalian semua! terima kasih jugak pada yang tak putus-putus datang melawat, bawakkan makanan, air zamzam, kurma dan segala senyum dan tawa yang kalian bawa untuk kami sekeluarga.

syukur, syukur, syukur Alhamdulillah! Tuhan memang Maha Penyayang, Maha Kuasa :')

webcam-ing sebelum pesakit tidur :)

Friday, July 15, 2011

ya Tuhan, dugaan apakah ini?

pagi Isnin yang lalu, adik perempuan aku satu-satunya dimasukkan ke hospital selepas 3 hari mengalami pendarahan gusi. at first kitaorang ingat gum bleeding tu masalah gigi dia tapi bila buat medical check-up, rupa-rupanya lebih serius dari itu. adik aku disahkan menghidap penyakit ITP, sejenis penyakit kekurangan darah kuning atau darah beku.

masuk hari ni, dah 5 hari dia kena tahan dalam wad. dah dua kali doktor masukkan ubat dalam darahnya. first time, diaorang masukkan 13 tiub ubat. semalam kali kedua pula 10 tiub. bukan sikit ubatnya, makan masa berbelas jam untuk dihabiskan. aku tak sanggup tengok dia tidur wayar-wayar penuh satu badan. sedih aku. tiap-tiap malam aku jaga dia di wad. semalam doktor cakap perlu ambil air tulang sumsum dia supaya diaorang boleh trace penyakit apa yang dia hidapi.

aku kesian tengok dia. tiap-tiap hari kena ambil darah, menangis kesakitan. makan pun tak mahu. tapi dia tetap dia. tetap happy, gelak-gelak, membuli aku macam orang yang sihat. walaupun penyakit ITP ni tak rasa sakit di badan, tapi aku sebak tengok dia. if only i can do something to make her healthy again, i would do anything. kalau doktor nak darah aku pun, ambillah. nak ambil organ badan aku pun ambillah! aku rela. aku tak nak tengok dia suffer. she's only 10. penyakit-penyakit begini terlalu serius untuk dia.

ya Tuhan... dugaan apakah ini? aku mohon padaMu ya Allah, Kau sembuhkanlah adikku. Kau jauhilah dia dari sebarang penyakit yang lebih berbahaya. sesungguhnya dia hanya anak kecil yang belum mengerti apa-apa. ya Allah, aku redha dengan dugaanMu. sesungguhnya dugaanMu mengajar aku erti kesabaran. Engkau makbulkanlah doaku, janganlah Kau biarkan dia menderita. hanya Engkau Tuhan yang Maha Kuasa, Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani...

saat entri ini ditulis, air mata masih bercucuran. aku memang tak boleh tidur dari semalam. otak aku terganggu dengan saranan doktor supaya diambil air tulang sumsum Baby. kenapa dia perlu merasa perit begini diusianya yang baru setahun jagung?

*pujuk hati*

aku terima dugaan Allah ni dengan hati yang terbuka. aku tahu setiap kejadian ada hikmahnya. aku tahu Tuhan sayangkan aku, sebab tu aku diuji. aku perlu bersabar. sebelum adik aku sakit, masa awal cuti semester ni pun mak aku sakit. mak aku hidap eczema. Alhamdulillah dengan kuasa Tuhan dan kesabaran kami sekeluarga, pulih juga mak aku. aku tahu, aku pasti boleh hadapi dugaan ni. cuma aku tak tahu pada siapa aku perlu minta dipinjamkan bahu untuk esak tangis aku. yang aku tahu Tuhan sentiasa ada, untuk mendengar, untuk memakbulkan doa hambaNya. Tuhan tak pernah mungkir.

*diam*

tadi waktu doktor datang beri explanation, aku tak sanggup tengok muka mak ayah aku. aku tahu diaorang yang paling terkesan sekali. aku tahu diaorang susah hati, sedih melihat Baby yang terlantar. mak ayah aku dalam dilema sama ada ingin memberi persetujuan untuk diambil air tulang sumsum Baby ataupun tidak. diaorang tanya pendapat aku, aku jawab just do it. doktor dah beri assurance yang pengambilan air tulang sumsum tak ada long term effect. lagipun, diaorang bukan ambil betul-betul di tulang sumsum tapi di tulang pinggul.

mak ayah aku betul-betul susah hati. aku tahu. ayah aku luahkan kebimbangan dia tadi. mana taknya, anak yang sulung fail paper Contract, yang kedua malas belajar walaupun SPM dah dekat. yang bongsu pulak sakit. kesian mak ayah aku. aku cuma boleh doa supaya Tuhan bekalkan kekuatan untuk kami sekeluarga.

aku jugak harap pada sesiapa yang terbaca entri ni, tolong doakan adik aku, ya. selit-selitkanlah namanya dalam doa kalian. aku mohon doa dari kalian. semoga Tuhan berikan ganjaran pahala pada kalian. Amin.
baby, cepat sembuh. kakak rindu nak tidur dalam bilik kita dengan baby :'(

Friday, July 8, 2011

up, up and away!

nak sleepover di rumah pak cik aku malam ni.
sepupu aku, Eida, nak bertunang esok.
yayy! TAHNIAH! babai.

Monday, June 20, 2011

hero

selamat hari bapa kepada semua bapa-bapa mahupun bakal bapa di dunia.
aku tak panggil bapa aku 'bapa'.
aku panggil beliau 'baa'.
jadi, selamat hari baa, baa.
hehe.
i love you.
i'm sorry for every mistakes i made.
you're my hero because you're always there when your children need you.
because you care about every single thing your children do.

there's nowhere in this world that i can find another 'mak' and 'baa'.
because my parents are so special.
when everybody discourages, they encourage.
when everyone thinks it's stupid, they think it's funny.
when everyone take things lightly, they take it seriously.
when everybody puts away their trusts from their children, my parents trust us 110%.
they do not only give love, they give hope.
they give their shoulders to cry on.
semua ni lah yang mencorakkan siapa aku sekarang.
thank you so much.

they give me everything a child needs in this world, but still, i fail to be a good daughter.
i'm sorry, mak, baa.

Wednesday, June 8, 2011

Lawak

03062011.
pergi menonton Konsert Maharaja Lawak live di Penang International Sports Arena (PISA) dengan sepupu-sepupu aku.

hasil penat lelah sepupu-sepupu aku 'bertungkus-lumus' berhimpit bertolak nak dapatkan pas masuk sampai sanggup ponteng kerja, ambik MC pun ada.
salute. haha.

muka-muka excited nak gelak guling-guling kejap lagi.

muka-muka tak puas hati sebab Food Fair kat level atas banyak jual khinzir oink oink.
err, kalau bab makan, aku je kot yang tak puas hati? -____-"

5, 6 ribu jugak kot yang dapat masuk including yang tak ada pas masuk. shit.

Jozan.

Sepah.

aku benci betul kejutan Astro.

sebelum balik, singgah nasik kandar beratur. beratur lagiii -_____-"
sejam okay nak dapat makanan tapi berbaloi.


so overall, persembahan Maharaja Lawak kali ni okay-okay saja. aku hairan jugak tengok orang semua gelak sampai tepuk tampar orang sebelah. maybe sebab aku tak berapa minat sangat kot. pergi pun kena paksa. hehe. lagi satu aku tak suka pergi sebab mostly yang pergi tu mat-mat rempit dan minah-minah rempit jugak lah. so, faham-fahamlah perangai sekor-sekor macam mana kan. masa beratur tu paling aku meluat sekali. semua orang selfish, tak sabar-sabar. main tolak-tolak macam orang bodoh je. tak cukup dengan tu, jerit-jerit macam kampungan habis lah. tak tahu malu langsung. mak cik-mak cik umur 40, 50 tahun pun sama naik dengan orang muda.
serius memalukan.

apa pun, nasik kandaq beratoq terbaik dari ladang habaq hang. nak rasa, mai penang no..
sekian, laporan dari Azzah. teehee.

p/s : sorry lah, aku cuma ambil gambar sepah dan jozan. tu aje yang aku minat.