petang tadi aku telah menerima kunjungan mengejut Mak Su dan Pak Su. dari dalam kereta aku lihat riak wajah Mak Su bercahaya - seolah-olah ada perkhabaran gembira untukku. Mak Su, sebaik keluar dari keretanya, lantas berjalan menuju pintu sambil ditangannya tergenggam sehelai envelope yang berwarna coklat itu.
"Mak Su ada something nak tunjuk. you might be interested," Mak Su duduk.
"Apa dia, Mak Su?" aku tanya.
"Hang nak pi Jepun tak? jadi sukarelawan"
sukarelawan? "Nak nak! under Mercy ke, Mak Su?" aku senyum, ah akhirnya! impian aku.
"under Mercy and Belia. nanti hang kena pi kawasan tsunami hari tu, kena tolong bangunkan balik tempat tu"
"Nak, Mak Su! nak!"
"okey, kalau nak, isi borang ni. kena bayar rm800 je yang lain ditanggung sepenuhnya. pi 26/4 sampai 7/5 ni. kena hantar borang ni cepat sebab 40 orang je yang dapat pi"
aku check jadual kuliah semester depan. parah, kalau aku ingin ke Jepun, perlulah aku ponteng 4, 5 hari kelas - lebih kurang seminggu jugalah tu. banyak yang aku akan tertinggal dalam satu minggu.
aku tanya mak, tanya baa. mak dan baa cakap, "pergilah, kalau itu mahu kau. mak dan baa sokong je. fikirlah apa yang terbaik. kalau rasanya boleh kau cover pelajaran seminggu itu, tiada halangan. pergilah!"
kemudian Mami pulak datang. ditanya aku soal Jepun itu. "pergilah!" katanya. "peluang dah ada, pergilah! mami support duit" aku diam.
*mengeluh*
ya Tuhan, sesungguhnya hanya Tuhan lah yang Maha Tahu betapa sekian lama aku impikan kesempatan ini. menjadi sukarelawan, rasa-rasa aku dah berkurun aku mahu jadi sukarelawan. cuma tak pernah ada rezeki dan ruang. tapi kali ni, tanpa perlu aku mencari, ia datang sendiri. bergolek di depan mataku. ah, bahagia rasanya! akhirnya, impian itu bakal termakbul.
tapi itulah. aku berbelah bahagi. apa perlu aku pergi, berkhidmat untuk yang memerlukan lalu mengorbankan masa depanku sendiri? aku tak tahu. aku mahu semahu-mahunya ke Jepun. bukan kerana apa-apa, tapi kerana impian aku itulah.
peluang, yang aku kira cuma ada sekali seumur hidupku itu, terbentang luas di depanku. yang aku perlu lakukan hanyalah isi borang. ya Allah, kalau saja waktu itu aku benar-benar lapang, tak aku fikir 2 kali lagi, terus borangnya aku isi.
aku diberi cukup moral support dari keluargaku yang sentiasa mendukung setiap apa yang aku kerjakan. aku yang masih ragu-ragu meminta pendapat kawan-kawanku.
"pergi Azzah, PERGI!!!"
"sudah, jangan kau fikir soal mooting, LRM bagai. kau dah lulus dah mooting, kau kan kaki melawan cakap orang! aku dah solve masalah kau, pergi!!!" *niesah sesukanya 'lulus'kan aku*
"If I was you, kite pergi jugak"
"kitorang boleh cover mana-mana kau tak de. I say go!"
"woiii, bagi aku je lah! camne boleh pegi ni? best kot!" *ni farah d, excited lebih*
moral support. terima kasih, wahai keluarga dan sahabat-sahabatku. tapi sayang, belum cukup moral support yang aku dapat. cuma dia yang dari dulu cukup berat hati.
terus tawar hati aku. payah betul nak ditelan air liur ni.
mungkin, mungkin tak ada rezeki aku. aku dial nombor Mak Su dengan hati tak sudi. aku khabarkan padanya bahawa aku terpaksa tolak tawaran tersebut dengan suara tersekat-sekat menahan tangis. aku kira-kira 4 kali ku tahan tangisku selepas aku terima tawaran itu. baa dan mak pujuk aku,
"masamu masih panjang, peluang itu pasti datang lagi"
"simpanlah impianmu, nanti kau dah kerja, pergilah tawan dunia"
akhirnya, setelah aku tolak tawaran itu, sedang aku duduk di atas katil berpura-pura okey, air mata aku tumpah jua. hilanglah, ranaplah peluang nan satu itu buat sekian kalinya. ah, kalau saja study bukan halangan.
betapa aku cemburukan manusia-manusia yang bakal pergi tanpa aku nanti. aku iri, hatiku sakit bila kupaksa ia terima.
terima kasih, ya Allah! Jepun, maafkan aku...
peluang, kau datanglah lagi! berpasanganlah dengan impianku ini!
2 comments:
alaaaahh. fine lah. kalau aku pun aku tak pegi kot....=(
takpe. nnti kita blajar jadik rajin2 jadik kaya, kita melancong g jepun. yay! *ok tak motivasi aku? haha
yayy, terbaikkk! hehe.
thanks phana! :)
Post a Comment