Monday, June 6, 2011

kun fayakun

yang baik datangnya dari Allah.
yang buruk datangnya dari diri aku.

aku nak mohon maaf pada setiap orang yang pernah aku sakiti. orang-orang yang pernah sayangkan aku, terutamanya. aku cuma manusia biasa, banyak compang-camping sini sana, tak sempurna. kalau nak bandingkan dengan manusia lain, mungkin aku lebih banyak kekurangan.

percayalah, aku tak ada niat nak sakitkan hati kalian, jauh lagi nak pandang hina pada kalian. aku takkan buat macam tu pada orang yang hulurkan kasih sayang untuk aku. percayalah. mungkin inilah kekurangan dan kelemahan aku. sekali lagi aku mohon sejuta ampun dan maaf dari kalian. aku harap kalian ampunkanlah aku. aku mengerti kalau kalian tak sudi lagi untuk bersama-sama dengan aku, tapi ampunkanlah kekhilafan aku. sesungguhnya, aku cuma hamba Allah yang dilahirkan untuk membuat kesilapan dan memohon kemaafan.

sejak dua hari lepas, air mata aku langsung tak tumpah. mungkin sebab aku tak sihat dan aku lebih fokus pada kesihatan diri sendiri. tapi hari ni, jatuh jugak air mata aku. aku sedar, semua dah terlambat. tapi belum terlambat untuk aku mohon maaf. sampai bila-bila pun aku akan dihambat penyesalan kerana aku buat keputusan tu 2 tahun 11 bulan yang lepas. kalaulah aku tak buat keputusan tu, tentu kamu tak disakiti begini.

sampai bila-bila pun aku akan sayangkan kamu, yang pernah menjadi sebahagian dari aku. aku dah beritahu awal-awal dulu, diri ni tak sempurna, tapi kamu mahu jugak. dah aku suruh kamu pergi cari orang lebih baik, kamu tak mahu jugak. ampunkan aku, salah aku. kalau saja aku lebih tegas.

aku memang tak sesempurna yang lain. memang aku tak lancar baca al-Quran. memang aku tak pandai menjaga hati. itu semua silap diri aku sendiri. bukan datang dari ibu bapa aku. bukan jugak dari Tuhan.

ampunkanlah aku sekiranya ketidaksempurnaan aku ini telah menyeksa zahir dan batin kalian, memporak-perandakan hidup kalian. aku tak sangka begini jadinya. aku tak pernah bermimpi begini akhirnya untuk aku. aku mengerti jika kamu tak dapat maafkan aku lagi tapi ingatlah, setiap saat sepanjang 2 tahun 11 bulan ini adalah yang terbaik dalam hidup aku. setiap saat sangat berharga dan indah bagi aku. tak ada yang pahit kelat.

terima kasih, Tuhan.
terima kasih, kamu.
pengalaman paling berharga ini takkan aku buang. pengalaman ni benar-benar menginsafkan aku.

sekarang, aku cuma ada keluarga dan blog ni. ini saja harta aku sekarang. oleh sebab itu, di blog ni aku takkan buka aib siapa-siapa pun melainkan aib sendiri. kita cuma manusia, yang baik bukan datang dari kita tapi Allah SWT. Allahuakbar.

semoga Tuhan permudahkan semuanya untuk aku. Amin.


salam,
aku yang penuh dosa.

3 comments:

Anonymous said...

azzah, kita semua ada kekurangan and kelebihan. tu yang buat kita 'human'. selagi pintu taubat tak tutup, rebutla peluang...aku bkn nak kate aku baik, aku sempurna. aku lagi byk dosa yg tsembunyi yg Allah je taw. cuma, kita sbg sahabat kena saling ingat-meningati. kalau sudi, kawanlah ngan aku lagi. ite ayang awak...

AZZAH AFANDI said...

thanks ecah :')
thanks sebab ingatkan aku :')
byk gile aku kena blaja weh, aku malu sebab aku dah besar tapi agama cetek. tapi aku tak malu nak ngaku, aku nak blaja lagi.
thanks so much ecah, ite ayang awak gaak :')

Anonymous said...

kalau rse helpless, lost, turn to Allah :) nangis dpn dia, it helps a lot seriously. kita xleh bgantung kat manusia sgt. even though dorang boleh bersimpati, denga masalah. in the end Allah yg akan guide kita. maybe kita xrase 'effect' pertolongan dia instantly. tp in the end, He's always by our side :) so don't give up!

aku ape kurang. mak ayah da bg didikan agama aku abaikan, lg teruk. aku pg usrah semua aku still jahat ceni. lg teruk.

tp ade chance lg, matahari xtebit seblah barat lg, kita tak mati lg, we can do this :D

if you need strength, ask Allah. nak vocal support, insyaAllah i can help. tp aku pn serba jahil lg, so kita sama2 tlg each other.

perubahan drastik xdirekomen sgt. aku pena cuba, in the end aku give up. kita cuba step by step, insyaAllah.

mekasih udi awan ite agi...u r not alone :)