Friday, September 2, 2011

Hantu Bonceng yang mengecewakan

mengecewakan! itu perkataan pertama yang keluar dari mulut aku selepas aku menonton filem 'Hantu Bonceng' sebentar tadi. filem arahan Ahmad Idham yang dibintangi oleh Zizan Razak, Juliana Evans dan ramai lagi ini pada aku gagal mempergunakan sebaik-baiknya sense of humor yang ada pada Zizan untuk membuatkan filem ini lebih umphh. kebanyakan lawak yang Zizan buat semuanya lawak ulang dari Maharaja Lawak. tak aku nafikan, memang ada lawak yang benar-benar kelakar tapi perlu lebih banyak lagi lawak fresh supaya penonton tak bosan.

salah satu babak dalam Hantu Bonceng.

jalan cerita filem ini pun longgar dan boleh dikatakan tak ada kena-mengena dengan tajuknya. ini kerana, belum pun sampai satu jam, misteri hantu yang menggangu hidup Amran lakonan Zizan, telah terjawab. jadi, the remaining 45 minutes memang out of topic dah.

sesungguhnya memang aku kecewa apatah lagi aku memang menaruh harapan yang tinggi untuk filem ini selepas kejayaan Zizan dalam filem KL Gangster. Hantu Bonceng pada aku tidaklah seteruk mana, tetapi hanya okey-okey saja. sejujurnya, pada pendapat aku, Ahmad Idham taklah berjaya sangat sebagai seorang pengarah filem komedi. mungkin sebab dia dah senior, idea pun tak sesegar pengarah-pengarah muda. apa yang penting, filem ini memberi penonton banyak pengajaran yang berguna.

apa-apa pun Zizan, I tetap suka kat you. I lebiu lah! hehe.

No comments: