Friday, September 30, 2011

seorang

aku sunyi.
aku nak balik...
rumah.

indahnya bercinta sampai tua

untuk D,

Sunday, September 25, 2011

Diet hujung minggu

salam. since aku rasa berat badan aku dah naik sejak balik Shah Alam ni, I've decided that I should go on a diet. dua minggu ni adalah yang paling teruk sebab aku banyak makan makanan berasaskan cheese. memang aku makan banyak gila lah. so, aku gunakan hujung minggu untuk diet. and I hope boleh tahan darurat on weekdays jugak. kalau tak berjaya, I'll go on diet on weekends je.

so, semalam hari Sabtu, aku minum susu for breakfast. then, for lunch pulak aku makan roti dengan chilli tuna. malam aku just makan saki-baki chilli tuna tengahari tu.

hari ni pulak, breakfast tetap dengan susu. lunch aku makan chili tuna lagi, tapi kali ni dengan biskut Munchy's Wheat Krunch. malam, tak sure lagi.

encik chilli tuna yang sedap.


p/s : nak diet ni sebenarnya sebab aku didorong oleh hilang selera makan dan nak simpan duit nak balik Penang tiap-tiap bulan, Insya Allah.

sedang mendengar : The Band Perry - If I Die Young.

Saturday, September 24, 2011

on and on

I love you like a love song, baby
and i keep hittin' repeat, -peat, -peat, -peat, -peat, -peat.










forever.

Friday, September 23, 2011

je t'aime

Ya Allah,
rindunya kat dia.

Thursday, September 22, 2011

saya ialah jet fuel

iamjetfuel scarf exclusively designed by Yuna.
love love love :)

drink more milk

baked potato stuffed with beef rasher + cheese, caramel milk.
I love you, +Wondermilk :)

Sunday, September 18, 2011

cik black

#tumblr
like, seriously. haha.

pemetik api

"This one's for you and me,
living out our dreams,
we're all right where we should be,
lift my arms out wide, I open my eyes,
and now all I wanna see,
is a sky full of lighters."
-Bruno Mars.

Tuesday, September 13, 2011

untuk D.

Dear D,
happy birthday. gosh, you're 25 now! it feels like i just met you yesterday and you're 21. D, i hope you'll have a blast through out this year. i know i'm such a pain in the ass but believe me, D, i'm trying hard not to be. and i truly hope you'll be a lil bit more patient with me :p

D,
i hope and i pray to God that He will bless you and give you the best things and experiences one can ever have in life. i hope you achieve your dreams and goals. i hope you'll be happy with me forever and always. i wanted to see you smile and laugh no matter what happens, D. i don't wanna see you sad. i'll be your sunshine and rainbow, D. i promise :)

D,
i know this may be the lamest wish you've got, but it came straight from my heart *okay, now you know you have such a boring girlfriend, kan? hehe*

SELAMAT DUAPULUHLIMA,
NASRUL HAFIDZI BIN ZAMRI.
ILOVEYOUSOMUCH.

Sunday, September 11, 2011

selamat berkenalan, Melati.

salam :)
alhamdulillah, hari ni aku post entri ni di UiTM Shah Alam setelah selamat sampai. iya, kembali ke 'medan pertempuran' aku.
dan hari ni jugak, aku berkenalan dengan Melati. aku harap Melati ini manis orangnya nanti.

ini dia, rupa bilik baru aku di kolej Melati. cantik tak cadar i? *wink wink*
dalam bilik ni, aku tinggal berempat dengan Fatin, Ainil dan Haida.
budak law semuanya.

alamak, kantoi guna kotak Intimate buat hiasan dan bawak bantal busuk leper bawah bantal biru *perlu ke nak bagitau pasal bantal tu, Azzah?!!*
-_________-"

jemputlah ke 3A-01-33. masuk percuma *untuk perempuan saja* haha.

p/s : Kenanga, I rindu youuuu! bilik you lagi besar dari bilik Melati ni! mak, baa, kakak dah rindu! :(

Wednesday, September 7, 2011

Wordless Wednesday #4 : sumpah 'sejibik'!

#tumblr sumpahlawak.
haha.

aku memang terlahir untuk meningkah setiap kata-kata manusia walau aku hanya Hawa dari rusuk Adam

saya mengaku, kita ni kalau tak gaduh 24 jam sehari, 7 kali seminggu memang tak sah, kan?
saya mengaku, kita ni kalau berjauhan, itu ini semua tak kena, kan?
saya mengaku, kita ni kalau duduk muka depan-depan, waktu berselisih faham memang macam kongsi gelap petaling street, kan?
saya mengaku, kita ni kalau cakap pasal benda kecik pun boleh jadi serius, kan?

tapi, awak ada tak fikir waktu-waktu lain? waktu-waktu kita tak bertengkar berselisih, waktu-waktu kita tak menjerit melalak kat satu sama lain?

awak fikir hubungan kita akan sempurna tak kalau kita tak berperang mulut, bertegang leher?
awak pernah fikir tak apa yang membawa hubungan kita sampai ke tahap sekarang?
kalau bukan gaduh selisih kita.
kalau bukan jerit lalak kita.
kalau bukan masam manis muka kita.

saya mengaku, kita ni kalau tak berbalas SMS paling kurang satu setiap hari, tak senang duduk.
saya mengaku, kita ni kalau tak dengar suara paling kurang lima minit setiap hari, rasa pelik.
saya mengaku, kita ni kalau tak bertanya 'dah makan ke belum', 'tengah buat apa' 4,5 kali sehari, maka bukan awak dan saya lah tu.

apa awak tak rindu ke saya? semua itu? gaduh manja kita?
saya rindu.
awak.
gaduh - baik.
manis - masam.
manja - marah.
tawa - tangis.
senyum - kelat.
segalanya pasal kita.
walaupun awak depan mata saya, rindu masih melekat.
walaupun awak rasa saya dan hubungan ni tak sempurna untuk awak, rindu masih melekat.

tapi, bagi saya, everything is perfect.
everything goes well with me.
i can tag along with you, only you.
i can go with the flow.
very well.

i can never be with someone else and had the same feeling i have with you.
if you are to leave me and when the time comes for me to find someone to replace you, i'm afraid i'm going for someone just exactly like you, imagining him like you and treating and loving him like i love you. i'm afraid he might feel insulted because i'm imagining you and not loving him for who he is.
tapi saya takkan boleh berbuat demikian.
saya tak dapat membayangkan hidup saya, tanpa awak. bersama dengan lelaki lain.
saya tak dapat membayangkan hidup awak bersama gadis-dalam-senarai-kelayakan awak.

awak, ada tak awak fikir sama macam saya?
saya harap ada.
awak, ada tak di waktu awak marah, awak fikir yang baik-baik pasal saya dan hubungan kita?
saya harap ada.

walaupun saya tahu, saya seperti mengharapkan buah rambutan yang masak elok dan manis isinya untuk jatuh ke tanah. walau saya tunggu 10 tahun pun, belum tentu ada rambutan elok yang gugur ke tanah.

awak tahu kan saya selalu doa pada Tuhan?
tapi kali ni, Tuhan belum makbulkan doa saya.






aku mahu, angkat telefon dan dail. tapi aku takut, pada kau.

UiTM, aku merinduimu, tapi aku tak nak balik!


salam.
tadi pergi shopping dengan mak, beli barang-barang keperluan kat UiTM nanti. bahang kian terasa, hati makin dup dap dup dap.

dalam otak terbayang UiTM.. *mengeluh*

aku rindu UiTM, kawan-kawan aku to be exact. tapi aku tak nak balik sana. aku belum puas spend time dengan family aku! 4 bulan tu rasa cepat sangat. kenapa ya? serabut otak aku fikir macam-macam. fikir pasal persiapan nak balik lah, pasal kelas lah, pasal subjek-subjek yang aku akan belajar nanti lah. aduhaiiii.. ni sifat malas dah membelengu diri aku lah ni!

*diam kejap*

4 bulan aku berkepit dengan parents aku. tak berenggang, duduk rumah je, kerja tak. mana mak bapak aku pergi, aku ikut. nanti mesti ralat nak berjauhan balik. dangggg :(
iyalah, kalau rumah aku kat area KL ke, lain cerita. tapi ni, nak balik sebulan sekali pun susah. aku dah lah tak ada siapa-siapa kat sana. cousin aku yang seorang tu pun selalu out station memanjang. tekanan dan jeles tahu tak tengok kawan-kawan aku tiap-tiap minggu balik rumah, especially Fatin -_-" haha.

adakah kolej melati juga seperti kolej mawar? oh, tidakkkk!
*histeria kejap, lepas tu tiba-tiba kena penampar*

tak mengapalah, Azzah. fikir yang positif ye. lagi cepat kau belajar, lagi cepat kau boleh berambus dari UiTM tu.

oh, by the way, tadi dah check student portal lagi sekali dan aku ditempatkan di KOLEJ MELATI sem depan -______-" mula-mula macam what the fish jugaklah kan, suka-suka diaorang tukar-tukar kolej. kejap kenanga tu untuk perempuanlah, kejap untuk lelaki. tapi tak pelah, yang penting dapat jugak kolej daripada kena merempat kat luar.

dan, dan yang bestnya, aku sebilik dengan Fatin!!!! yayyy :DD dua orang lagi bakal room mate masih menjadi misteri. siapakah??? hopefully Ecah will be joining us :)

p/s : tekanan aku tiap-tiap malam asyik selsema je ni. lepas tu, tadi cari mangga almari dorm tak jumpa. mati aku! imybiptid, nh.

image : Google Images

Tuesday, September 6, 2011

man/woman

this is so true.

Sunday, September 4, 2011

Biskut raya 2011

salam. ini dia, aku nak menunjuk sikit dengan kauorang, biskut raya wajib ada aku yang meletup kebabom! hehe.

shortbread

sweethearts

blueberry tart. yang ini I buat sendiri tau. auwww..

papa cappuccino. yang ini pun tahun ni I yang buat, toq.

crystal ball.
orang yang penyabar dan kreatif macam mak I je yang boleh buat biskut ni, toq.

almond london

yang ini biskut baru, green almond nama dia.
mula-mula mak I tak tau nak taruk nama apa, dia tanya I.
I pun jawab lah kita letak nama GREENDAY.
lepas tu mak I cakap, tu bukan ke nama artis Hollywood?
kantoi -___________-"

kenapa I tiba-tiba cakap I, you ni? apa-apa je lah toq.
btw, semua gambar ni I suruh adik I curi kat FB pakcik I, kecuali gambar green almond tu, i snap sendiri.
babai, aku nak pi melayan cerita Beto Kusyairy berlakon.

bukan déjà vu

kamek sayang kitak.
sungguh.

when in trouble,


yes, I have You.

sekali-sekala aku nak jual ikan

Aku terlampau letak semua perkara, setiap orang di depan aku.
sampai aku jadi lupa tentang diri yang namanya Azzah.
tentang mahu aku, tentang hendak aku.
sekarang masa untuk aku.
cuma aku.

Takziah : Jurukamera Bernama TV Maut di Somalia

keratan akhbar Utusan Malaysia semalam.

Walaupun jarak yang perlu ditempuhi dari lokasi liputan ke asrama hanya 3 minit, namun 3 minit itu telah menjadi saat-saat paling getir pernah dihadapi oleh wakil media Malaysia di Somalia apabila jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd Nor yang menyertai Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia, meninggal dunia setelah terkena peluru sesat semasa kenderaan yang dinaikinya bersama wakil media lain diserang oleh penembak hendap di Mogadishu, Somalia kelmarin. akibat dari tembakan yang terkena bahu kanan dan menembusi paru-parunya itu, Noramfaizul meninggal dunia pada pukul 11 malam waktu Malaysia setelah diberi rawatan.

keadaan kenderaan yang dinaiki mangsa.

keadaan Allahyarham sewaktu diberi rawatan.

Allahyarham sebelum berlepas ke Somalia pada 28 Ogos lalu.

Jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan turut cedera terkena serpihan peluru. beliau yang duduk disebelah Noramfaizul memberitahu, sejurus selepas serangan, beliau memberitahu Allahyarham bahawa mereka diserang tetapi Allahyarham terkulai dibahu kanannya dan beliau dapat melihat dengan jelas bahu kanan Allahyarham berlubang terkena tembakan.

Aji Saregar yang cedera ditenangkan oleh rakan media.

gambar terakhir yang diambil oleh Noramfaizul sejurus sebelum kejadian tersebut.

jenazah Allahyarham selamat sampai di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pagi tadi.

takziah yang sedalam-dalamnya kepada keluarga Allahyarham. aku doakan ini adalah mati syahid, insya Allah. semoga Allah limpahkan rahmat ke atas rohnya. pemergian wira negara ini diharapkan dapat menyuntik lagi semangat kita untuk terus membantu saudara-saudara kita yang memerlukan di seluruh dunia. Amin.

images : Google

Friday, September 2, 2011

Sheeps

a night out with the cousins. watched Hantu Bonceng and had a kick-ass fun together.
i love you guys so much!

kak limah pun sibuk nak interframe jugak!

apo kono eh jang? usain bolt fanatics.

good night, folks!

Hantu Bonceng yang mengecewakan

mengecewakan! itu perkataan pertama yang keluar dari mulut aku selepas aku menonton filem 'Hantu Bonceng' sebentar tadi. filem arahan Ahmad Idham yang dibintangi oleh Zizan Razak, Juliana Evans dan ramai lagi ini pada aku gagal mempergunakan sebaik-baiknya sense of humor yang ada pada Zizan untuk membuatkan filem ini lebih umphh. kebanyakan lawak yang Zizan buat semuanya lawak ulang dari Maharaja Lawak. tak aku nafikan, memang ada lawak yang benar-benar kelakar tapi perlu lebih banyak lagi lawak fresh supaya penonton tak bosan.

salah satu babak dalam Hantu Bonceng.

jalan cerita filem ini pun longgar dan boleh dikatakan tak ada kena-mengena dengan tajuknya. ini kerana, belum pun sampai satu jam, misteri hantu yang menggangu hidup Amran lakonan Zizan, telah terjawab. jadi, the remaining 45 minutes memang out of topic dah.

sesungguhnya memang aku kecewa apatah lagi aku memang menaruh harapan yang tinggi untuk filem ini selepas kejayaan Zizan dalam filem KL Gangster. Hantu Bonceng pada aku tidaklah seteruk mana, tetapi hanya okey-okey saja. sejujurnya, pada pendapat aku, Ahmad Idham taklah berjaya sangat sebagai seorang pengarah filem komedi. mungkin sebab dia dah senior, idea pun tak sesegar pengarah-pengarah muda. apa yang penting, filem ini memberi penonton banyak pengajaran yang berguna.

apa-apa pun Zizan, I tetap suka kat you. I lebiu lah! hehe.