Sunday, February 12, 2012

gold and V-shaped

assalamualaikum :)

just got back from the mall with mum and sister. oh, satu lagi hari yang happy. haha :D
mana taknya, hari ni saja aku berjaya menghabiskan hampir semua duit yang ada dalam purse. actually, aku tak tau aku perlu rasa happy atau susah hati sekarang ni. hehe.

ah, yang penting aku happy. ini kira balas dendam tak shopping masa great outing hari tu lah! bought myself a Casio watch and got a haircut. and and had ayam penyet for lunch :) nasib baik jam dan haircut ni menghabiskan duit aku, kalau tak tadi dah beli 13 pasang seluar dan 7 biji beg sebagai tambahan kepada koleksi di rumah.

tapi kesian jam baru aku tu, aku balik tadi konon-konon nak menunjuk kat adik aku, goyang-goyang tangan depan muka dia, jam jatuh. dah lah jatuh kat tangga, memang sudah jatuh ditimpa tangga betullah! bapak aku geleng kepala sambil mengeluh. lepas tu kena pulak gelak dengan adik aku tu. padan dengan muka kau, Labu! nasib jam tak calar.

what makes me happier is my hair. masuk APT Salon & Academy bajet nak senior hair stylist je yang potongkan rambut aku. sekali senior hair stylist semua busy, kena ambik professional. terus rasa nak pakai purdah sebab malu nak tunjuk rambut aku ni kat professional hair stylist tu.

bila aku tunjuk je rambut aku, terbeliak mata dia.

"wah, panjang wo rambut you!"

lepas tu, mulalah dia dok interview aku tanya itu ini. dia cakap rambut aku lawa tapi kat bawah rosak sikit sebab tak buat treatment. haha.

"you punya husband tak marah ke rambut you panjang macam ini?" -_____-" boleh pulak dia cakap aku ada husband.

nak je aku jawab, "muka aku ni macam wanita pertengahan usia ke?" T_T

tapi yang terkeluar dari mulut aku, "I tak da husband, hehe" sambil tersengih-sengih, aku pun ngeri tengok muka aku, huduh.

lepas tu ada sorang lagi stylist tu datang dok cakap cina dengan dia sambil usha rambut aku. aku dah cuak dah. dalam hati dok menyumpah-nyumpah diri sendiri, damn rambut aku rosak teruk lah ni! terus aku tanya dia, "kenapa, you punya kawan cakap rambut I rosak teruk ke?"

terus hair stylist aku jawab, "tak ada la, dia cakap you punya rambut cantik, tak tau bila dia punya rambut boleh ini panjang. cuma kena buat treatment saja la" haha lagi. bangga kejap aku time tu. tapi perasan tak dia asyik sebut pasal treatment je. nak pujuk aku suruh buat treatment lah tu! rm120 treatment dia weh, mana aku nak cekau duit. kalau nak buat treatment tu, haruslah aku gadai adik lelaki aku yang gendut tu, tu pun kalau ada yang nak beli. haha.

jadi, oleh kerana itu, banyaklah duit yang telah ku habiskan hari ni *sambil duduk bersimpuh tepi pintu kira duit dalam purse* bayar mahal pun berbaloilah servis dekat APT ni, tip top! potongan dia pun cantik, servis bagus, dia siap pakaikan serum yang mahal kat rambut aku for free lagi! i'm so gonna come again, Hair stylist-yang-aku-tak-tau-nama.

amboi, ini bajet early celebration untuk result exam yang nak keluar lagi dua minggu ke apa ni? *kecut perut sebut result exam* banyak betul kau spend ye Azzah! kalau result tak gempak sem ni, aku tak tau lah!

kalau result teruk lagi *touch wood, touch wood* haruslah aku gadai jam Casio tersebut bersama rambutku ini kat eBay. ada siapa-siapa nak beli?

p/s : RIP Whitney Houston.

No comments: