Friday, July 15, 2011

ya Tuhan, dugaan apakah ini?

pagi Isnin yang lalu, adik perempuan aku satu-satunya dimasukkan ke hospital selepas 3 hari mengalami pendarahan gusi. at first kitaorang ingat gum bleeding tu masalah gigi dia tapi bila buat medical check-up, rupa-rupanya lebih serius dari itu. adik aku disahkan menghidap penyakit ITP, sejenis penyakit kekurangan darah kuning atau darah beku.

masuk hari ni, dah 5 hari dia kena tahan dalam wad. dah dua kali doktor masukkan ubat dalam darahnya. first time, diaorang masukkan 13 tiub ubat. semalam kali kedua pula 10 tiub. bukan sikit ubatnya, makan masa berbelas jam untuk dihabiskan. aku tak sanggup tengok dia tidur wayar-wayar penuh satu badan. sedih aku. tiap-tiap malam aku jaga dia di wad. semalam doktor cakap perlu ambil air tulang sumsum dia supaya diaorang boleh trace penyakit apa yang dia hidapi.

aku kesian tengok dia. tiap-tiap hari kena ambil darah, menangis kesakitan. makan pun tak mahu. tapi dia tetap dia. tetap happy, gelak-gelak, membuli aku macam orang yang sihat. walaupun penyakit ITP ni tak rasa sakit di badan, tapi aku sebak tengok dia. if only i can do something to make her healthy again, i would do anything. kalau doktor nak darah aku pun, ambillah. nak ambil organ badan aku pun ambillah! aku rela. aku tak nak tengok dia suffer. she's only 10. penyakit-penyakit begini terlalu serius untuk dia.

ya Tuhan... dugaan apakah ini? aku mohon padaMu ya Allah, Kau sembuhkanlah adikku. Kau jauhilah dia dari sebarang penyakit yang lebih berbahaya. sesungguhnya dia hanya anak kecil yang belum mengerti apa-apa. ya Allah, aku redha dengan dugaanMu. sesungguhnya dugaanMu mengajar aku erti kesabaran. Engkau makbulkanlah doaku, janganlah Kau biarkan dia menderita. hanya Engkau Tuhan yang Maha Kuasa, Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani...

saat entri ini ditulis, air mata masih bercucuran. aku memang tak boleh tidur dari semalam. otak aku terganggu dengan saranan doktor supaya diambil air tulang sumsum Baby. kenapa dia perlu merasa perit begini diusianya yang baru setahun jagung?

*pujuk hati*

aku terima dugaan Allah ni dengan hati yang terbuka. aku tahu setiap kejadian ada hikmahnya. aku tahu Tuhan sayangkan aku, sebab tu aku diuji. aku perlu bersabar. sebelum adik aku sakit, masa awal cuti semester ni pun mak aku sakit. mak aku hidap eczema. Alhamdulillah dengan kuasa Tuhan dan kesabaran kami sekeluarga, pulih juga mak aku. aku tahu, aku pasti boleh hadapi dugaan ni. cuma aku tak tahu pada siapa aku perlu minta dipinjamkan bahu untuk esak tangis aku. yang aku tahu Tuhan sentiasa ada, untuk mendengar, untuk memakbulkan doa hambaNya. Tuhan tak pernah mungkir.

*diam*

tadi waktu doktor datang beri explanation, aku tak sanggup tengok muka mak ayah aku. aku tahu diaorang yang paling terkesan sekali. aku tahu diaorang susah hati, sedih melihat Baby yang terlantar. mak ayah aku dalam dilema sama ada ingin memberi persetujuan untuk diambil air tulang sumsum Baby ataupun tidak. diaorang tanya pendapat aku, aku jawab just do it. doktor dah beri assurance yang pengambilan air tulang sumsum tak ada long term effect. lagipun, diaorang bukan ambil betul-betul di tulang sumsum tapi di tulang pinggul.

mak ayah aku betul-betul susah hati. aku tahu. ayah aku luahkan kebimbangan dia tadi. mana taknya, anak yang sulung fail paper Contract, yang kedua malas belajar walaupun SPM dah dekat. yang bongsu pulak sakit. kesian mak ayah aku. aku cuma boleh doa supaya Tuhan bekalkan kekuatan untuk kami sekeluarga.

aku jugak harap pada sesiapa yang terbaca entri ni, tolong doakan adik aku, ya. selit-selitkanlah namanya dalam doa kalian. aku mohon doa dari kalian. semoga Tuhan berikan ganjaran pahala pada kalian. Amin.
baby, cepat sembuh. kakak rindu nak tidur dalam bilik kita dengan baby :'(

4 comments:

Ratu Tak Cantik said...

SABARLAH..ALLAH SYG ORG2 YANG SABAR... Aku doakan semoga family kau tabah n adik kau cepat sembuh ye..amin~

Anonymous said...

Salam, semoga Allah tabahkn hati Azzah & sembuhkan baby comel cepat2..insyaAllah.

~Burger Tower~ said...

tabah kan hatii...Allah sentiasa ada dengan kita...Allah sedang mnguji hambaNya..banyak kan bersabar wlaupun perit..kmi sentiasa bdoa ntok kesihatan baby..:')

AZZAH AFANDI said...

thank you so much korangggg!! Tuhan je balas kebaikan korang :') Amin..