Thursday, August 18, 2011

Majlis Iftar Bersama Anak-anak Yatim Rumah Permata Kasih

14 Ramadhan, 2011.
Keluarga aku buat majlis berbuka dengan anak-anak yatim Rumah Permata Kasih, Permatang Pauh sambil sedekah apa-apa yang termampu.

Rumah Permata Kasih.

anak-anak ini diambil ukuran badan untuk dibeli baju raya.

terima kasih Rumah Permata Kasih kerana sudi menerima kunjungan kami yang tak seberapa ini. Ramadhan kali ini memang betul-betul bermakna buat aku dan keluarga aku. banyak dugaan dan perkara-perkara indah yang aku baru tempuhi terjadi. syukur Alhamdulillah. kunjungan ni betul-betul menginsafkan aku.

so, kepada kauorang semua, bulan puasa ni jangan lah membazir, jangan lupa diri. ingat, dalam susah-susah kita ni, ada lagi yang lebih susah. simpan duit yang kauorang plan nak makan buffet kat hotel tu dan sedekah pada anak-anak yatim yang makan pun ala kadar. tak macam kita. ada duit joli sana sini. ingat duniawi sangat sampai lupa akhirat.

salam,
Keluarga Wan Su & Ibrahim.

3 comments:

FarhanaBekeri said...

aku idam sgt2 boleh handle and buat sendiri kerja amal mcm ni tau.
bestkann!

AZZAH AFANDI said...

betul betul! serius best sgt dpt hepikan bdk2 ni, phana! nak buat lagi nnt! kalau nak, kite plan ramai2 handle kerja amal mcm ni kat kl pulak!

makmunah said...

mm pun selalu juga jenguk ke sana & lain2 rumah seumpama tu, kadang2 jd rindu teringat2 kalau lama miss.