salam :)
perlawanan bola sepak antara Barcelona dan Real Madrid dalam final Supercup baru-baru ni telah dicemari insiden pergaduhan antara pemain-pemain yang menyaksikan 3 orang pemain dibuang padang. pergaduhan bermula apabila pemain Barcelona, Cesc Fabregas diterjah oleh pemain Real, Marcelo. akibat kekasaran itu, Marcelo dilayangkan kad merah dan diarah keluar padang.
namun, pemain-pemain kedua-dua pasukan mula bertolakan sesama sendiri sambil berperang mulut dan terjadilah insiden dimana pemain Real, Mesut Ozil bergaduh dengan David Villa iaitu pemain Barca. kesian kat Fabregas, terbaring kesakitan atas padang di celah-celah pergaduhan tu. Ozil dan Villa kemudian dilayangkan kad merah. dan terkeluarlah kenyataan dari Ozil yang mendakwa Villa telah menghina Islam, iaitu agama anutannya. oleh sebab itu, Ozil bergaduh dengan Villa untuk mempertahankan Islam.
tapi, Villa juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak pernah menghina Islam dan mendakwa Ozil yang memulakan pergaduhan apabila Ozil menolak rakan sepasukannya dan oleh kerana itu, dia bertindak untuk membantu rakannya.
haishh, tak taulah aku yang mana betul. kalau betullah Villa menghina Islam, pujian aku berikan pada Ozil yang sanggup mempertahankan agama suci ni. dan kalau tidak, salah bagi Ozil untuk menggunakan alasan agama untuk pertahankan dirinya.
untuk membaca lebih lanjut,
baca sini.
fyi, Ozil adalah seorang Jerman berdarah Turki. selalu membaca doa sebelum perlawanan dimulakan. tapi yang tak bestnya pasal Ozil ni, beliau bertindik di telinga, dan sering dikaitkan dengan ramai wanita. wanita-wanita ni pun, masya Allah! bukan calang-calang, seksi bebenor! tapi bagi aku tak mengapalah, jangan dinilai seseorang dari luarannya. asalkan beliau berani mempertahankan agama Islam dan mengamalkan ajaran Islam, itu sudah cukup.
p/s : bukan hak kita untuk menilai tahap keimanan dan ketaqwaan orang lain.