Thursday, March 31, 2011

the birthday-parents

bought a couple of birthday cards for my parents.
i just posted my mum's birthday card since her birthday's this sunday.
look at the card i bought for my mum, super cool!


un

deux

trois

quatre

cinq!
cool, right?? hehe.
and this is for my dad, cool jugak! :)

p/s : i miss my family, my boyfriend. i've been dreaming about them for days T_T

electric feel

the results from experimenting with the dslr and the light.
:)

this was supposed to be a love shaped.


konon nak buat light saber, tak jadi -__-"

Tuesday, March 29, 2011

kau bukan malaikat

tak payah bermimpi.
kau bukan malaikat.
dan tak pernah juga aku bilang kau setan.

kau, aku.
sama.
manusia.
hamba.
perempuan.
lemah.
bezanya cuma tua atau muda.
putih atau hitam.
kurus atau gemuk.
pandai atau bodoh.
cantik atau hodoh.

iya,
yang hitam itu aku.
yang hodoh, bodoh itu aku.

kau bukan malaikat.
aku muak dengar setiap kata-kata kau.
sikit-sikit tentang kekasih kau.
kau dan perempuan tu sama saja.
beza dikit cuma.

aku dah bosan menjaga hati manusia.
macam kau.
yang tak pernah pikirkan perasaan orang lain.

aku tahu bagi kau, aku tunggul hitam.
tapi bagi manusia lain, aku pun manusia juga!

aku kadang kala kasihankan kau.
aku tahu bagaimana cara kekasih kau layan kau.
aku agak sebab itulah kau jadi begini.

kau bukan malaikat.
kau seorang orang.
atau lebih tepat lagi,
kau seorang 'loser'.

terima kasih

kawan,
kau memang 'sahabat' terbaik.
kau memang mulia.
kau memang suci.
terlalu.
teramat.

sebab itu kau tak perlu pandang, tak perlu dengar
tunggul kayu hitam
yang bercakap dengan kau ni.

terima kasih banyak-banyak.
kau ajar aku erti 'haprak'.
iya, akulah si haprak tu.

terima kasih yang berjuta-juta.

Sunday, March 27, 2011

Al-Fatihah, nenek...

malam tadi, mak beritahu mak dan baa nak ke rumah mummy. mummy cakap nenek saudara aku yang aku panggil nenek sakit lain macam. untuk pengetahuan kauorang, umur nenek dah mencecah seratus lebih, kalau aku tak silap.

malam tadi jugak aku tak boleh tidur. tiba-tiba aku rasa tak sedap hati. aku tahu sesuatu akan jadi tapi aku tak mahu fikir. mata aku berair saat aku minta Tuhan jauhkan perkara-perkara tak diingini.

akhirnya, aku tertidur walaupun tak lena. pukul 5.46 pagi tadi mak telefon. aku tahu benar. sesuatu itu dah terjadi. dalam mamai tidur aku dengar suara mak tenang kejutkan aku.

"Azzah? Azzah?"
"Ya, mak.."
"Kakak, nenek dah tak ada dah tau" suara mak tenang.
aku mengucap panjang dalam hati.
"Iya ke mak? Bila???"
"Baru tadi"
"Nak kakak balik sana ke?"
"Tak apa, tak payahlah. Kakak tak sempat pun, pukul sebelas nanti dah nak tanam"

lepas tu, terus mata aku terbuka luas, tak mau tidur. sampai jam berapa, aku pun tak pasti.

Al-Fatihah nenek.

walaupun aku tahu aku bukan kesayangan dia, aku tak menyesal. sebab walaupun aku jauh dekat sini, setiap kali aku balik bercuti, aku mesti pergi jenguk dia. dia dah nyanyuk, dah tak ingat nama aku.

aku tak pernah menyesal. aku tahu nilai-nilai kehidupan yang mak bapak aku ajarkan aku. jangan lupa diri. jangan lupa orang yang pernah beri kau makan, kasih sayang dan duit bila kau memerlukan.

walaupun aku bukan kesayangan arwah, aku tetap sayang dia. melihat keadaan nenek setiap kali aku pulang bercuti buat aku mengerti setiap perangai dan peel manusia...

Al-Fatihah, nenek.

aku masih ingat perbualan dengan nenek. dia mahu aku jadi peguam dan tegakkan keadilan untuk dia. InsyaAllah nenek...

semoga Tuhan memberkati rohmu.. Amin.

Saturday, March 26, 2011

1 word




the aftermath


whirlpool


the aftermath of the japan's earthquake and tsunami.
Allah Almighty.
the world is coming to an end. the signs are here.

Friday, March 25, 2011

faham


Aku boleh faham.
kenapa kau tak boleh faham??

early birthday gift



an early (gila) birthday gift from ecah.
i bought her tuti frutti as her birthday present and she gave me this cutie.
omel angat angat.
enkiu ecah!!!!!
*translate : comel sangat sangat. thank you ecah*
bahasa pelat.

Thursday, March 24, 2011

noir

a gift from nasrul jahat busuk :)
baru planning nak beli iPod, tapi dia lebih dulu hadiahkan yang ini.
alhamdulillah.
i loveeeee it!
thank you, sayang!
I LOVE YOU.

Wednesday, March 23, 2011

Satu

Malam ini,
dalam warna merah romantis,
kita berjumpa.
Matamu dalam dakapan mataku,
lembut membelai rasa.
Aku sentuh tulang rusukmu yang
hilang satu itu,
terasa kehangatannya,
aku jadi kaku.
Kelu.

Aku cuma tersedar dari
lamunan,
bila dahiku kau sapa lembut
dengan ciuman.
Aku yang masih lagi membisu,
kerna jawapannya ada di situ.
Bertubi-tubi degup jantung
memberitahu,
akulah ia.

Tulang rusukmu yang hilang itu.

11.50 pagi,
21 Mac 2011.
Cempaka 1.

hari minggu

salam :)
maaflah dah lama tak update - agak busy.
hari minggu baru-baru ni pulak family aku datang KL untuk khausar and aiman's wedding. so we spent two days together. bahagia sangat-sangat dapat jumpa parents, adik-beradik, sepupu sepapat.
thank you ALLAH.

maaf, tak dapat nak upload gambar, i mistakenly made a decision not to keep the camera which i knew i need to use :$

i miss my family already :(

Friday, March 18, 2011

monyet punya monyet

okey, hari ni mari kita bercakap tentang MONYET.
iya, monyet *tak tak, aku tak refer kauorang sebagai monyet lah*
haha.
okey, begini. aku rasa waktu aku pergi kelas pagi tadi, ada monyet yang masuk dalam bilik aku.
fyi, monyet memanglah banyak sangat dekat kolej aku ni!
bergerombolan tahu tak!
petang-petang diaorang mesti datang sepahkan tong sampah kolej, curi makanan dari bilik budak-budak kat sini and most importantly, freaking me out!!!
seriously, i don't like monyet okay!
btw, aku rasa monyet yang pecah masuk bilik aku tu dah curi roti gardenia yang bukan kepunyaan aku, tapi fatin
*aku memang suka makan makanan kawan-kawan aku*
so i guess, it's karma kot -_-"

bilik aku memang menghadap hutan kat belakang kolej ni, so i can clearly see them hanging on the trees and running around like a bunch of crazy monkeys
*well, they are monyet right? obviously that's what they do for a living.. duhh*
okey, well, macam ni lah banyaknya geng monyet tu.

okay, i know the monkey that stole fatin's bread is smiling like this when he ate that bread.
dangg you, monyet!
kau dah kenyang kau senyum kambing kan!



frankly, i am afraid of monkeys.
yeah yeah, you can laugh at me all you want.
LYFAO.
*i can imagine my friends laughing at me, again*
T_T

Thursday, March 17, 2011

you really 'made' my day

thank you, mr. broadband!
you really really 'made my day!
f*ck yeah.
what is wrong with you?
i'm just trying to skype with my boyfriend! urghhhh.
why do you have to be this suck at this particular time?

please mr. broadband, i beg you.
please be nice to me next time.
you don't know how much i miss him :(


sayangg, i'm sorry you've to listen to my stupid grumbling.
i hate this kind of situation :(

oh by the way, SELAMAT 2 TAHUN 9 BULAN YANG INDAH, SAYANG.
I LOVE YOU DARLING :')

thank god 'how i met your mother' saved my day.

Wednesday, March 16, 2011

aku bukan gula-gula getah

hey si polan.
mari sini, aku punya sesuatu buat kau.
iya, kau.
aku mau tanya kau,
kau ni manusia jenis apa ya?
kau manusia jenis yang ada jenama ke, harga ke?
*mengeluh*

hari semalam-semalam,
waktu cuma aku yang kau perlu untuk
jadi kawan,
jadi teman,
bukan main lagi kau, kan.
kau ingat lagi tak?
oh lupa. kau dah ada dia.
kau tak ingat lagi detik-detik lama yang tak bermakna tu.
kau tak perlu ingat pun.

aku, beginilah.
hidup aku.
hari aku.
usia aku.
memang terlalu selalu jadi mangsa keadaan.
memang terlalu selalu jadi sepah.
bukan sepah, tapi sampah.
diri aku ni, mula-mulanya bagi kau macam gula-gula getah lah.
bila kau suka, kau kunyah, kunyah, kunyah.
bila habis rasanya, kau ludah tepi longkang.

aku, beginilah.
tak pernah mau merungut.
tak pernah mau dendam sama orang macam kau.
tak pernah reti.
tak pernah serik.

kau tau, kau seronok-seronok gelak tawa di sana.
kau lupa siapa kawan yang selalu temankan kau moment kau sunyi, moment kau bergaduh dengan orang yang kau cinta.
kau lupa siapa yang mendengar keluh resah kau.
benar-benar kau lupa aku.
kau tahu tak aku sedih?
kau tahu tak setiap saat aku tunggu kau hantar pesanan bertanya khabar.
ada kau buat sekarang? kau cuma ingat dia.
aku ini bukan siapa-siapa buat hidup kau.

aku ni cuma objek mainan bila kau sunyi.
aku ni cuma kaunter pertanyaan kau.
aku ni cuma teman temporari.
aku nak benci kau. terlalu.
tapi aku ni jenis tak sampai hati.
akhir-akhirnya aku yang menangis.
kau apa tahu? kau dah dapat orang lain.
yang kata kau, dia kelakar, bla bla bla.
aku membosankan, mungkin.

kau tak percaya?
aku bercakap tentang KAU ni wehh.
kau rasa kau tahu tak kau siapa?

tanya diri sendiri.

aku biarkan foto bercakap



Tuesday, March 15, 2011

those glory days...

...are EPIC.

i miss the 'its-time-to-shop-for-groceries' with mummy (Mary).

our small 'kitchen'.


black pepper beef + cabbage masak lemak *dalam english sebut apa, tak tahu* + lemonade = perfection.

i remember these, 'vegeterian dinner'.

we take turns to wash dishes.

I LOVE YOU, GIRLFRIENDSSSS
*give me 5 guna jejari*
:D

Monday, March 14, 2011

un chocolat chaud

a glass of hot chocolate.
my comfort drink.


love it :)

those three words

this strange cloudy evening,
he talked to me.
slow, smooth - that's how he sounded like.
his voice is full of sweetness and the essence of love and affection.
i can feel the warmness of his words - hugging me tightly.

right after i explained everything,
about how greedy i am to make him 110% mine,
i heard him say 'i love you'.
it sounded so smooth that i can feel every single hair on my skin stands.
i don't know how to explain - as if this is the first time he said those three words.
he sounded so true.

*smile*
i know he always love me.
he always do.
i hope that won't be the last time he mentioned those three words.

p/s : i love you.

Sunday, March 13, 2011

Saturday, March 12, 2011

hari ini (aku tahu kau dah tak sudi)

hari ini,
aku beri kau satu ruang,
yang baru, yang hati tak nyilu.
hari ini,
aku relakan diri jadi objek cercaanmu,
kau keliru, aku tahu.

hari ini,
aku beri kau ruang,
kau boleh bebas berlari, tak perlu pandang ke belakang.
hari ini,
renyai hujan jadi saksi,
beban perasaan yang kau lepas pergi,
merembeskan aku dengan keperihan hati.

hari ini,
aku beri kau ruang,
aku tahu kau bosan, cela yang terulang-ulang.
hari ini,
rasaku cuma layak dilumat mati,
kerna koyak di hatimu tak dapat aku jahit kembali.

ini kali aku mengerti,
sudah tidak layak lagi aku.
tidak layak sudah.

maafkan aku.

sentap di meja makan

di satu malam yang hening, di sebuah rumah milik sebuah keluarga bahagia *mata pandang ke atas sambil kedua-dua tangan letak ke dada*...

Bapa : memang aku kena tunggu 10 tahun nak makan dengan kau orang.. (merujuk kepada lambatnya si isteri sediakan makanan)

si isteri datang, membawa makanan...

Emak : memang aku ni kerja part time jadi orang gaji dalam rumah ni..

suasana senyap..

Anak sulung : eh eh adik, akak tak perasan pulak.. cantik baju kau! mesti kau kutip dalam almari baju aku kan..
Anak bongsu : memang semua baju aku ada dalam almari kau tu, kan akak..
Emak : sudah, sudah.. memang aku kena jadi tunggul dengar kau orang bergaduh dekat sini kan..

suasana senyap.. masing-masing diam menjamah makanan..

Bapa : (batuk) amboi, sedap sungguh mak kau masak.. macam makanan kat restoran lima bintang!
Emak : Memang lah sedap kalau anak-anak kita rajin sangatttt nak menolong saya!
Anak sulung : A'ah, memang akak tak ada kerja lain nak dibuat selain duduk bawah ketiak mak dan tolong mak masak, kan mak??
Anak bongsu : Yelah, akak kan selalu balik kerja awal sangatttt, lepas isyak baru sampai rumah, kan akak kan?
Bapa : haii... bahagianya aku dapat anak bini macam ni...
Anak sulung dan anak bongsu : haii... bahagianya dapat bapak macam ni...

AMARAN : setiap dialog di atas perlu di baca dalam nada menyindir dan seperti biasa, letakkan kedua-dua tangan ke dada setelah mata memandang ke atas.

p/s : dialog 'drama sebabak 2 minit' kemahiran insaniah grup aku tadi. teehee!

froyo, bukan frodo

sedang dalam keadaan mengidam. hehe.
mau ini, tutti frutti frozen yogurt.
lama tak makan :(

ecah's

mine. i love nata de coco as topping.
*which is lame, i know*

ok, lapar.

gempa

hari ini, adalah salah satu hari yang mengejutkan bagi aku - dalam beberapa kebelakangan ini.

Jepun sekali lagi digegarkan oleh gempa bumi. pada mulanya memang aku fikir gempa biasa saja, tapi tak. gempa hari ni berukuran 8.9 pada skala richter. *terkejut*

*trauma kejap*
tiba-tiba terus teringat tsunami beberapa tahun dulu.

gempa kali ni, direkodkan sebagai 'seventh most powerful earthquake in history' dan 'the most powerful earthquake in Japan since 300 years ago'! *takut*

dunia dah nak kiamat, mungkin.
besarnya kuasa Tuhan.



sumber video : AlJazeera English (youtube)

Tuesday, March 8, 2011

what are words



damn, chris medina made me cry every time i hear this song.
sedih sangatttt. kesian gila tunang dia tu :'(

Saturday, March 5, 2011

seorang lagi pergi.

Terima khabar sedih dari mak pagi tadi.
seorang lagi saudara terdekat aku, yang aku panggil pak long meninggal dunia awal hari ini.
aku baru lawat arwah masa cuti CNY baru-baru ni, tak sangka..
Al-Fatihah.
semoga rohnya dicucuri rahmat.
takziah buat mak long dan anak-anak.
aku sedih bila teringatkan anak-anak dia, baru sebaya aku.

that 'Anakin guy'

watched 'Takers' last night and i realized how much i've fallen in love with Hayden Christensen since the first time i saw him as Anakin Skywalker in the Star Wars movies
*especially Revenge of the Sith. hehe*
so when i watched Takers, whenever the camera shot him, i gasped and my mouth wide opened and i was like, 'udara, udara aku perlukan udara!'
*that's too hyperbole, i know*

by the way, here's a few shots from Takers!

*melt*

you don't know how much i love fedora and seeing him wearing it, i was like..
perghhhhhh.

the hottest mafia guy *faint*

jadi abg guard pun boleh!

this is the part where he died battling with russian mafia.
people say, hot guy always die first :D


hayden with the other hot guys, Paul Walker and Tip 'T.I' Harris. perghh.
'nuff said.
*azzah koma untuk seketika*

Friday, March 4, 2011

pathetic desperado, you.

this is too much. this is starting to get on my nerve.
i laugh, she laughs.
and she laughs louder than me.
what's your motive, biatch???
nothing much to do in your life???

Thursday, March 3, 2011

bosan

aisey man, bosan kotttt T_T
dah tiga hari, aku masih sakit lagi.
tadi buat test Malaysian Legal System dengan teruk sekali *bangga ni, nak bagitau jugak*
rasa lega sebab dah buat presentation dan dah hantar assignment Hubungan Etnik. ustaz tu cakap written assignment kitaorang yang terbaik setakat ni *kembang hidung jap*
aku patut bangga pun sebab aku berjaga tidur lewat untuk 2 malam sebab nak siapkan assignment ni.
dengan segala ke'tension'an yang kau bagi, dengan error sana sini kau buat, sakit hati aku.
orang lain pun ada boyfriend jugak, kau tau.
aku bosan lah tengok muka kau dan bf kau tu.

ecah chantek

khas buat ecah dan kawan-kawan aku :D


cuba cari aku dalam ramai-ramai tu :)

p/s: kau orang pun cantik jugak, kawan!

Tuesday, March 1, 2011

02.19 pagi

aku benci kau. boleh tak?
mesti lah boleh.
aku benci orang gunakan aku.
tak perlu ambik hati aku macam ni lah!
beli lah wang pos dengan kau tu.

mood: rasa macam nak tumbuk muka kau.
currently tengah siapkan assignment Hubungan Etnik - hampir siap. sleepy to death.