Saturday, February 26, 2011

satu minggu

salam :)
wah wah wahh, dah lama aku tak meng'update' blog ni.
busyyy!
dengan assignmentnya, dengan testnya, dengan masalah-masalah lainnya lagi.
penat sangat
*mengeluh*

okayy, mari aku cerita aktiviti satu minggu ni!
*tiba-tiba ada suara ecah cakap, ce cite ce cite*

hari selasa :
kelas, petang tidur, malam study untuk test Torts.

hari rabu :
kelas, sebelah petangnya test Torts, habis test balik tidur, malam pergi No Wine N Cheese Party.
*akan upload foto-fotonya nanti*

hari khamis :
kelas, tidur, makan, pergi kelas balik.

hari jumaat :
kelas, pergi library, cari cases, balik tidur, malam pergi kelas ganti.

hmm.. perasan tak tiap-tiap hari aku tidur?
tu benda wajib buat, hobi.
*sengih*

ha satu lagi..
perasan tak, aku tak mention apa aku buat on monday?
*sengih lagi*
ni nak cerita ni.
*ce cite ce cite*

hari isnin :
bangun pagi, mandi-mandi, bersiap nak ke kelas.
tiba-tiba dapat mesej dari Nasrul.
katanya :
'sayang nak turun kapal pukul 12 tengahari ni.
nak pergi jusco bukit raja, nak jumpa sila beritahu.'
tak lah seskema ni ayatnya, tapi macam tu lah bunyinya.
tauhu tak betapa hati ni gembira bagaimana?
tauhu takk?
*lapar jap*
jadi, dengan hati gembira bersyukur aku pun reply :
'baiklah, mari kita jumpa.'

jadi pada hari itu,
pukul 2 petang tepat aku naik teksi ke bukit raja.
ponteng kelas contract dan french.
kelas contract kawan-kawan tolong signkan attendance.
kelas french sepatutnya ada test, tapi aku bagi alasan pada lecturer tu.
hehe.
*mampus aku kalau mak bapak aku tau*
tapi apa nak buat, peluang ni datang tiba-tiba.
aku dah lama tunggu.
hati aku, jantung aku berdebar-debar.
*degup jantung bunyi lagu drops of jupiter, salah ecah lah ni*
aku tunggu dia depan KFC.
tiba-tiba dari jauh aku nampak dia yang aku tunggu.
dia masih macam dulu, cuma rambut dah makin tebal.
aku rindu dia.
*sebak*

masa tangan aku capai tangan dia untuk bersalam,
lepas tu dia pegang bahu aku dan cium kepala aku,
aku rasa macam tak percaya.
aku ingatkan dari detik pertama dia mula kerja sampai cukup 5 bulan,
kami tak akan boleh berjumpa.
tapi dia turun jugak, jumpa aku.
walau duit beratus melayang bayar tambang teksi cekik darah.
aku tauhu dia sayang aku.
marah macam mana pun dia sentiasa sayang, ingat aku.

macam-macam cerita kami kongsi.
rindu bagai nak mati terubat hari isnin tu.
makan-makan, teman dia shopping, jalan-jalan sini sana,
kemudian tengok wayang filem 'The Rite'.
lepas tengok wayang, we had dinner together.
masa tu dah rasa macam nak menangis.
sebab dia cakap dia dah nak hantar aku balik kolej.

hari tu,
walaupun seketika cuma, aku bahagia.
aku bersyukur sangat dapat jumpa dia.
malam tu, masa dia hantar aku balik kolej,
dia genggam tangan aku sepanjang masa dalam teksi - tak lepas.
aku tak tauhu kenapa air mata aku tak menitis pun masa
dia peluk dan cium aku sebelum dia balik semula ke port klang.
hanya bila teksi yang dia naik bergerak, air mata ni automatik tumpah.

aku tanya dia :
kenapa dia tak peluk aku erat-erat?
kenapa dia tak cium pipi dan dahi aku macam selalu?
kenapa ciuman dia cuma singgah di dahi?
dia jawab :
sayang saja nak bagi ayang ketagih and rindu kat sayang.
-_-"

sayang sayanggg..
I LOVE YOU.
*tak sabar nak jumpa lagi*
T_T

p/s : tak sabar nak jumpa parents dan adik-adik aku bulan depan! oh ya, ada budak jahat tu kan dia confuse jusco bukit tinggi dengan jusco bukit raja. haha.

No comments: