Thursday, February 3, 2011

ekspres rakyat

bila apa pun tak ada untuk dikerjakan,
tidur pun dah tak bisa dilenakan,
kutip pensel dari dalam beg,
buku kecil puzzle aku buka halaman satu.

*bunyi pensel menggores kertas*

cari perkataan satu persatu.
tunduk yang terlalu lama buat kepala pusing.

*buang pandangan ke luar tingkap besar*

*mengeluh*
bila mau sampainya?
perlahan yang terlalu,
bukan waktu, bukan aku,
tapi gerabak-gerabak Tanah Melayu.

*tunduk*
menggores mencari perkataan satu lagi.
bingo! selesai.
tutup buku campak ke tepi.
korek beg, capai ROTTW.
selak halaman entah berapa,
nah, ini dia!
My Chemical Romance punya cerita.
aku baca.
*diam macam batu*

baru baca dua muka,
buku aku tutup.
lapar perut mencucuk-cucuk.
katanya kelas pertama,
makan minum percumanya mana?

*mengeluh panjang*
bayar puluhan ringgit untuk kerusi buruk lapuk,
untuk roda-roda lembab bergerak.
mujur untuk bertemu keluarga.
mujur sungguh.
kalau bukan kerana mereka,
aku tak sudi nak tumpang kau, gerabak lama!

*tengok jam di telefon*
11.15 malam.
patutnya jam 10 kaki dah menjejak bumi bukit mertajam.
11.27 malam.
hampir.
dengar pengumuman di speaker yang tua.
capai semua beg.
galas yang satu itu.
yang lain dijinjit, digendong.
tren besi buruk berhenti.

*berjalan ke pintu koc N*
ahh, akhirnya.
tepat di hadapan mata tiga manusia itu kau berhenti.

*senyum*
yang aku rindu mereka-mereka itu.

No comments: