Monday, February 28, 2011

kamu enggak sendirian dongg

THIS SONG IS FOR MY PARENTS, NASRUL HAFIDZI, MY BROTHER AND SISTER
:)



bila ku tak di sini
tetaplah kau bernyanyi
dan bila ku tlah pergi
kenanglah yg terjadi

pastikan padaku bahwa
kamu kan baik-baik saja
karna di setiap mimpiku
pasti selalu ada kamu

dengarkan dan rasakan
lagu yang kuciptakan untukmu
walau mungkin terdengar nggak merdu
tapi hanya untukmu

kita pernah bersama di sini
lalui hari penuh warna-warni
meski tak seindah pelangi
tapi kita pernah bermimpi

percayalah padaku
meski di gelap malam
kamu nggak sendirian
dan semua bintang
yang ku tinggalkan
temani kau sampai akhir malam

dengarkan dan rasakan
lagu yang kuciptakan untukmu
walau mungkin terdengar gak merdu
tapi hanya untukmu

kita pernah bersama di sini
lalui hari penuh warna-warni
meski tak seindah pelangi
tapi kita pernah bermimpi
mungkin ini hanya sementara
mungkin juga untuk selamanya
tapi nanti jika ku kembali
engkau harus ada di sini.

Tipe-X - Kamu Ga Sendirian.

ketagih

ketagihan terbaru aku:
  • the changcuters :)
  • jelly kelapaaaaa *air liur meleleh*
  • pura-pura cakap pelat dengan kawan-kawan :D
  • cendol pulut
  • McDonald's hot cake and hash brown
  • tulis nota sebab rasa macam tulisan lawa. hahaha :D


p/s: SELAMAT HARI JADI PUTERI NADIA SABDIN. semoga dirahmati Tuhan. less than three :)

Sunday, February 27, 2011

sedar diri

'Terima kasih banyak-banyak.
kau sedarkan aku tentang MANUSIA.'

vokalis band indonesia terbaik

Elfonda Mekel aka Once
Dewa 19

Giring Ganesha aka Giring
Nidji

Mohammad Tria Ramadhani aka Tria
The Changcuters

Akhdiyat Duta Modjo aka Duta
Sheila on 7

Sigit Purnomo Syamsuddin Said aka Pasha
Ungu

amboi nama, tergeliat lidah aku nak menyebut.

sumber foto Once dan Pasha : Google.
foto Giring : flikr Ahmad Saiful Ahmad Fadzli.
foto Tria : tancil photography
foto Duta : kapanlagi.com

p/s: nah ambik kau, satu hari 4, 5 post terus :D

list/senarai

'to-do list' untuk minggu ni. pfft.
1. study untuk test french yang aku delay tu.
2. buat research untuk assignment hubungan etnik.
3. buat slide and written assignment hubungan etnik.
4. study untuk test Malaysian Legal System.
5. baca LIMA kes untuk Constitutional Law.

haishh, tak ada banyak lagi ke kerja yang kau boleh bagi aku? aku kan superwoman *letak dua-dua tangan ke dada sambil mata pandang ke atas*

tak baik mengeluh, azzah. kata nak jadi law student yang berjaya *letak dua-dua tangan kat dada sambil mata pandang atas lagi*


Azzah Afandi sedang mendengar: Mesti Mau by Pesawat.

kasut buruk yang kau dan aku sarungkan

sabarlah.
cuma tinggal 3 tahun saja lagi.
insyaAllah hidup kita sekeluarga akan berubah nanti. masa tu aku takkan biarkan mereka-mereka tu dajjalkan kau lagi. aku takkan biarkan mereka-mereka tu pandang hina pada kau lagi. bertahanlah! Tuhan ada. Tuhan sentiasa bersama orang teraniaya, orang susah macam kita.

aku tahu kau tak perlu pun lalui perkara begini dalam usia kau yang masih mentah. aku sudah pernah ada di dalam kasut buruk ini - lebih dulu dari kau. malah sampai sekarang pun, aku masih di dalam kasut buruk ini, bersama-sama kau.

*sebak*

tak perlu menangis. dan kalau pun kau masih mahu menangis, teriaklah puas-puas. kerana ini satu ujian Tuhan. bersyukurlah. kerana ujian sebegini cuma diberi pada mereka yang Tuhan sayang. mereka-mereka tu tak pernah terima cubaan begini.
mereka-mereka tu tak pernah merasa sakit diterajang sana sini.
tak pernah merasa perih dihina tiap hari.
tak pernah merasa susahnya mencari sesuap rezeki.
sekalipun tak pernah!

mereka-mereka tu cuma pernah merasa manis kemewahan.
cuma pernah merasa melambung-lambung dipuji.
cuma pernah merasa duit dan harta yang disuap orang tua mereka.

kau jangan ada sifat macam mereka-mereka tu. sedih hati mak bapa kita nanti. sudah, kau tak payah susahkan diri ingatkan mereka tu lagi. buang masa. mereka tu pun tak pernah pikirkan kau, pedulikan kau, kasihankan kau. hiraukan mereka tu. tak payah nak meminta-minta dimaafkan. manusia sombong sebegitu gembira kalau kau tunduk jilat kaki mereka.
cukup sekali.

*mengeluh*

manusia manusia. baik macam mana pun manusia, saudara macam mana pun katanya, sekali dah kaya raya, sekali mereka punya darjat pangkat, kalau kau jatuhkan motor mahal mereka tu, walau cuma segaris kecil calarnya, ko tetap mereka caci keji. dulu kau mereka tu cakap pandai, sekarang kau bodoh. bahlul. bangang. haprak.

ya, pada mata mereka tu kita ni haprak busuk! tak berguna. sebab tu kita ni dari dulu mereka tu pandang sebelah mata. ikatan saudara tu tak ada makna bagi mereka tu. kita yang terhegeh-hegeh pikirkan ikatan yang hanya pada kita maha penting.

entahlah. aku rasa sekarang kau mengerti keadaan aku waktu dulu. cuma kau tak rasa seteruk aku. aku duduk sebelah mereka tu pun mereka jijik, kau tau? itu belum lagi aku sentuh, entah-entah disamaknya satu badan.

*tahan air mata*

tak payah tanya Tuhan apa dosa kita pada mereka tu. Tuhan Maha Tahu. aku ni, dah penat nak menangis, luka yang aku dapat tu tak pernah hilang. bukan sebab aku tak maafkan setiap apa laku mereka tu, tapi keperitan tu aku takkan boleh lupa sampai bila-bila. aku cuma anak kecil masa tu, umur pun baru cecah 5, 6 tahun. apa budak kecik paham? tiba-tiba kena rasa kelat, pahit. kau boleh cakap aku trauma, iya mungkin juga!

kadang-kadang, aku rasa rugi air mata ni nak aku tangiskan untuk orang macam mereka tu. aku rasa membazir nak sayangkan mereka tu. cukuplah, aku rasa terlalu terguris dengan setiap apa yang mereka tu buat pada orang yang aku sayang. aku mau cepat-cepat masa ni berjalan, aku mau genggam ijazah cepat-cepat dan bawa kalian jauh dari situ.

kalau mereka tu mau kita berambus, baiklah. mari lakukannya. mereka tu tak perlukan kita. mari kita bawa diri jauh-jauh. biar mereka tu rasa, apa salah mereka. aku dah penat jadi pecacai lah!

*diam*

aku tahu kau sudah lebih mengerti sekarang mengapa aku belajar sungguh-sungguh sampai di sini aku. mengapa aku cukup kecewa bila kau dapat keputusan peperiksaan kurang memberangsangkan. mengapa aku marah kau bila kau tak belajar, tak reti. kerana aku tak mau mereka tu pandang rendah pada kau lagi. mereka tu seronok bila kau bodoh. kau paham? ini satu-satunya jalan yang kita boleh guna untuk tutup mulut mereka tu.

bersabarlah. berubahlah. sedarlah di mana tempat kita. aku sentiasa doakan kau.

aku tak pernah minta siapa-siapa tunduk cium kaki aku.
kerana di kaki aku cuma tersarung kasut buruk.

gila

'seriously, aku boleh jadi gila dengan hidup yang makin menggila ni.

arghhhh.'
- Azzah Afandi.


Saturday, February 26, 2011

satu minggu

salam :)
wah wah wahh, dah lama aku tak meng'update' blog ni.
busyyy!
dengan assignmentnya, dengan testnya, dengan masalah-masalah lainnya lagi.
penat sangat
*mengeluh*

okayy, mari aku cerita aktiviti satu minggu ni!
*tiba-tiba ada suara ecah cakap, ce cite ce cite*

hari selasa :
kelas, petang tidur, malam study untuk test Torts.

hari rabu :
kelas, sebelah petangnya test Torts, habis test balik tidur, malam pergi No Wine N Cheese Party.
*akan upload foto-fotonya nanti*

hari khamis :
kelas, tidur, makan, pergi kelas balik.

hari jumaat :
kelas, pergi library, cari cases, balik tidur, malam pergi kelas ganti.

hmm.. perasan tak tiap-tiap hari aku tidur?
tu benda wajib buat, hobi.
*sengih*

ha satu lagi..
perasan tak, aku tak mention apa aku buat on monday?
*sengih lagi*
ni nak cerita ni.
*ce cite ce cite*

hari isnin :
bangun pagi, mandi-mandi, bersiap nak ke kelas.
tiba-tiba dapat mesej dari Nasrul.
katanya :
'sayang nak turun kapal pukul 12 tengahari ni.
nak pergi jusco bukit raja, nak jumpa sila beritahu.'
tak lah seskema ni ayatnya, tapi macam tu lah bunyinya.
tauhu tak betapa hati ni gembira bagaimana?
tauhu takk?
*lapar jap*
jadi, dengan hati gembira bersyukur aku pun reply :
'baiklah, mari kita jumpa.'

jadi pada hari itu,
pukul 2 petang tepat aku naik teksi ke bukit raja.
ponteng kelas contract dan french.
kelas contract kawan-kawan tolong signkan attendance.
kelas french sepatutnya ada test, tapi aku bagi alasan pada lecturer tu.
hehe.
*mampus aku kalau mak bapak aku tau*
tapi apa nak buat, peluang ni datang tiba-tiba.
aku dah lama tunggu.
hati aku, jantung aku berdebar-debar.
*degup jantung bunyi lagu drops of jupiter, salah ecah lah ni*
aku tunggu dia depan KFC.
tiba-tiba dari jauh aku nampak dia yang aku tunggu.
dia masih macam dulu, cuma rambut dah makin tebal.
aku rindu dia.
*sebak*

masa tangan aku capai tangan dia untuk bersalam,
lepas tu dia pegang bahu aku dan cium kepala aku,
aku rasa macam tak percaya.
aku ingatkan dari detik pertama dia mula kerja sampai cukup 5 bulan,
kami tak akan boleh berjumpa.
tapi dia turun jugak, jumpa aku.
walau duit beratus melayang bayar tambang teksi cekik darah.
aku tauhu dia sayang aku.
marah macam mana pun dia sentiasa sayang, ingat aku.

macam-macam cerita kami kongsi.
rindu bagai nak mati terubat hari isnin tu.
makan-makan, teman dia shopping, jalan-jalan sini sana,
kemudian tengok wayang filem 'The Rite'.
lepas tengok wayang, we had dinner together.
masa tu dah rasa macam nak menangis.
sebab dia cakap dia dah nak hantar aku balik kolej.

hari tu,
walaupun seketika cuma, aku bahagia.
aku bersyukur sangat dapat jumpa dia.
malam tu, masa dia hantar aku balik kolej,
dia genggam tangan aku sepanjang masa dalam teksi - tak lepas.
aku tak tauhu kenapa air mata aku tak menitis pun masa
dia peluk dan cium aku sebelum dia balik semula ke port klang.
hanya bila teksi yang dia naik bergerak, air mata ni automatik tumpah.

aku tanya dia :
kenapa dia tak peluk aku erat-erat?
kenapa dia tak cium pipi dan dahi aku macam selalu?
kenapa ciuman dia cuma singgah di dahi?
dia jawab :
sayang saja nak bagi ayang ketagih and rindu kat sayang.
-_-"

sayang sayanggg..
I LOVE YOU.
*tak sabar nak jumpa lagi*
T_T

p/s : tak sabar nak jumpa parents dan adik-adik aku bulan depan! oh ya, ada budak jahat tu kan dia confuse jusco bukit tinggi dengan jusco bukit raja. haha.

Tuesday, February 15, 2011

Muhammad itu junjunganku

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Hampir tiba masanya kamu dikerumuni oleh manusia seperti mana orang-orang mengerumuni sesuatu hidangan"Berkata seorang sahabat, "Adakah ia lantaran pada waktu kita yang sedikit?" Nabi menjawab, "Tidak,sebaliknya kamu ramai tetapi kamu menjadi seperti buih ketika berlaku banjir. Allah mencabutkan rasa gerun dari hati musuhmu dan memasukkan perasaan wahan ke dalam hatimu."Sahabat-sahabat bertanya, "Apakah itu wahan?" Bersabda nabi, "Cintakan dunia dan takutkan mati ".

(Hadis Riwayat Abu Daud)

Selamat menyambut Maulidur Rasul.

Sunday, February 13, 2011

John said, he believes

"I believe in God, but not as one thing, not as an old man in the sky. I believe that what people call God is something in all of us. I believe that what Jesus and Mohammed and Buddha and all the rest said was right. It's just that the translations have gone wrong"
- John Lennon.

perfect match

three layer tea + roti bom
less than three *love lah maksudnya* :D

Saturday, February 12, 2011

wonderwall


never thought i'll fall in love with Oasis's songs ' Don't Look Back in Anger' and 'Wonderwall' *both from the album '(What the Story?) Morning Glory'* since i was a little kid. i listened to great bands since i was in primary school, you know! i thank my dad for this :)

Wednesday, February 9, 2011

my new baby owl

bought it in KL Sentral for only 10 bucks! :)

by the way, the hand in this photo is not mine, belongs to my baby sister. hehe. thanks, baby!

ini entry malas namanya

yayy, esok dan lusa tak ada kelas!

merdeka! erk? o.O haha.
merdeka waklu, assignment bertimbun-timbun T_T

Saturday, February 5, 2011

penat. sakit. rindu.

okay, baiklah sebenarnya tak ada idea untuk tajuk entry ni. ngee :)

cuma nak khabarkan, aku dah pun sampai di mana?? ya, di kolej aku lah.
terpaksa pulang awal, tiket untuk 6 hb. sold out T_T

*mengeluh*
penat yang tersangat :(
dan jugak kerinduan dah dalam buat keluarga.
semakin dalam buat nasrul hafidzi saya.

*sebak*
nak diaorang :(

Thursday, February 3, 2011

ekspres rakyat

bila apa pun tak ada untuk dikerjakan,
tidur pun dah tak bisa dilenakan,
kutip pensel dari dalam beg,
buku kecil puzzle aku buka halaman satu.

*bunyi pensel menggores kertas*

cari perkataan satu persatu.
tunduk yang terlalu lama buat kepala pusing.

*buang pandangan ke luar tingkap besar*

*mengeluh*
bila mau sampainya?
perlahan yang terlalu,
bukan waktu, bukan aku,
tapi gerabak-gerabak Tanah Melayu.

*tunduk*
menggores mencari perkataan satu lagi.
bingo! selesai.
tutup buku campak ke tepi.
korek beg, capai ROTTW.
selak halaman entah berapa,
nah, ini dia!
My Chemical Romance punya cerita.
aku baca.
*diam macam batu*

baru baca dua muka,
buku aku tutup.
lapar perut mencucuk-cucuk.
katanya kelas pertama,
makan minum percumanya mana?

*mengeluh panjang*
bayar puluhan ringgit untuk kerusi buruk lapuk,
untuk roda-roda lembab bergerak.
mujur untuk bertemu keluarga.
mujur sungguh.
kalau bukan kerana mereka,
aku tak sudi nak tumpang kau, gerabak lama!

*tengok jam di telefon*
11.15 malam.
patutnya jam 10 kaki dah menjejak bumi bukit mertajam.
11.27 malam.
hampir.
dengar pengumuman di speaker yang tua.
capai semua beg.
galas yang satu itu.
yang lain dijinjit, digendong.
tren besi buruk berhenti.

*berjalan ke pintu koc N*
ahh, akhirnya.
tepat di hadapan mata tiga manusia itu kau berhenti.

*senyum*
yang aku rindu mereka-mereka itu.

Wednesday, February 2, 2011

arnab


selamat tahun baru cina untuk kawan-kawan, jiran-jiran, kenalan-kenalan cina aku.
bajet macam diaorang follow blog ni.
kena ucap jugak sebab kat luar rumah sekarang mercun memekak sana sini.
bising.


p/s: tengah rindukan seseorang tu. agak-agak dia rindu aku tak?