Tuesday, June 7, 2011

tanya sama hati

apa baik buruk aku, kau nak terima?
apa kurang lebih aku, kau nak juga?
mahu kau terima perempuan mulut longkang macam aku?
apa kau tak malu pada orang?
apa kau sanggup?

iya, memang aku tak lawa.
aku sedar diri.
memang aku kurang sana sini.
sekurang-kurangnya aku cuba jadi yang terbaik.
tapi tak semua yang kita cuba tu bakal sempurna.
memang aku tak reti itu ini.
memang aku lampi.
memang aku blur.
memang aku tak pandai ambil hati.
apa kau masih mahu juga?

memang aku tak reti nak buat muka plastik.
apa aku tak suka dan suka semua aku cakap depan-depan.
memang aku suka tarik muka masam.
memang aku cengeng.
memang aku mengada-ngada.
memang aku manja, tapi kena pada tempatnya.
memang aku cerewet.
memang aku suka enjoy.
aku tak suka pikir masalah.
memang aku suka berjalan.
tapi aku tahu batasnya, dengan siapa dan di mana.
apa kau boleh percaya?

maaflah.
berjuta ampun aku mohon.
dari kamu.
aku memang sejak azali tak sempurna.
aku bukan lahir dan hidup di bandar besar seperti kamu.
aku perempuan.
aku tahu mana letak diri aku.
orang-orang kota macam kamu panggil aku anak kampung.
iya, aku anak kampung cuma.
kamu malu, aku tahu.
kamu menyesal.
dah beribu kali aku dengar dari mulut kamu.
jadi aku tahu.
kamu tak mahu kenal aku.

apa kamu masih mahu pada perempuan bernama Azzah ini?
kurang lebihnya dia?
baik buruknya dia?
seadanya?

No comments: