Wednesday, June 15, 2011

duapuluh

salam :)
hari ni aku genap 20 tahun 2 hari. maaflah, patutnya aku nak post entry masa hari jadi aku *which is June 13* tapi thanks to my 'brilliant' brother, Window laptop aku rosak. terima kasih dik, tangan kau memang tangan pelingkup. habis hilang semua, aku repeat SEMUA foto-foto dan fail-fail lain. sekarang laptop aku dah digantikan dengan Window 7. thanks siti and kamal :)

okey baiklah, sekarang dah besar, dah dewasa. umur dah masuk puluhan. kalau boleh sampai bila-bila pun aku nak jadi 17 tahun, tak mau berganjak. bukan aku takut tua, tidak. menjadi tua bukan satu masalah bagi aku sebab every living things akan merasainya. setiap satu akan makin berusia. bukan aku seorang. jadi, menjadi tua adalah satu anugerah Tuhan kerana kita bisa merasa saat-saat diri kita berubah dari hari ke hari. dan, itu tandanya kita masih bernyawa.
jadi, bersyukurlah.
Alhamdulillah.

bila masuk umur baru, tentunya komitmen kita akan bertambah. you will be held liable for every single things you did, that's life. aku tak pasti sama ada aku takut dengan komitmen atau aku cuma keliru atau apa. aku tak pasti. yang aku tahu, setiap apa yang aku lakukan pasti menjadi buah mulut orang, pasti ada yang tak kena. bila dah dewasa, kau ada tugas untuk lebih bertanggungjawab, lebih amanah, lebih serius, lebih semuanya. kalau kau silap walau secuit pun, kau akan dituding jari. komitmen aku memang besar. sebagai seorang anak, seorang kakak sulung, seorang pelajar, seorang kekasih, seorang teman dan lebih utama sebagai seorang hamba-Nya. kalau dulu waktu kecil, kau buat salah, orang cakap "alah, biasalah tu budak-budak". sekarang, kalau kau anak sulung macam aku, kau perlu bertanggungjawab atas setiap perlakuan kau dan juga adik-adik kau. kau kena jadi contoh. belajar tak boleh fail subjek T___T

AKU TAK MENGELUH NI *serius weh*. aku gembira, 20 tahun Tuhan beri aku nyawa atas muka Bumi ni. aku bersyukur. setiap apa aku hajatkan, Tuhan ada untuk makbulkan. apa lagi kau nak? kalau tak reti bersyukur jugak tak tau lah aku nak cakap apa lagi.

by the way, terima kasih buat semua yang beri ucapan hari lahir dan doakan aku.
dan, terima kasih mak dan baa untuk keknya :)
terima kasih :)

p/s : berdebar tunggu 17 Jun ni. ada dua berita besar.

No comments: