Saturday, June 4, 2011

Enam

salam! sorry for the long hiatus, kata orang putih. hehe. agak sibuk kebelakangan ni, ditambah rasa malas nak update. aaanyway, bulan Jun dah sampai. dah lama aku tunggu, rindu :')

bulan Jun ni dah banyak aktiviti aku rancang *tak lah banyak mana pun, kiasu je* oleh kerana tak ada vacancy di Baskin Robins, jadi aku pun dengan malasnya carilah kerja lain, dapat kerja di Big Apple Donuts tapi ayah aku tiba-tiba je tak encourage aku kerja. disuruhnya aku duduk rumah, rest betul-betul cuti ni. bulan puasa nanti tolong mak aku buat bisnes biskut raya dia, dapat gaji.
jadi sekarang, aku disuruh BEREHAT which means, makan tidur makan tidur. hoho, suka.

tapi knowing myself, aku tak reti nak duduk diam. kalau boleh aku suka berjalan. pergi mana-mana saja, asalkan taklah memerap di rumah je kannnn.

jadi, semalam aku ikut sepupu-sepupu aku tengok Maharaja Lawak *yang tak berapa nak lawak* live di PISA. lepas tu, singgah makan NASIK KANDAQ BERATUR oleh sebab semua dah lapar.

aktiviti bulan ini :
  • esok mungkin ikut mak pergi kenduri dekat Alor Setar *makannnnnnnn*
  • dapat result semester lepas T___________T *mati kejap*
  • sambut birthday. 20?? err.. *mengeluh*
  • nak lepak dengan kawan-kawan
  • nak shopping sampai mati kejap
apa lagi?? entah, nanti rancang lagi.


sedang mendengar : Avril Lavigne - What the Hell

No comments: