Friday, January 14, 2011

perasaanku tentang kamu

aku rindu wajah kamu. teringin aku nak cubit pipi comel kamu lagi, terlalu rindu.
aku rindu senyum kamu. terlalu sempurna manisnya. buat aku lebih rindu.
aku rindu ketawa kamu. kau sering ketawakan aku bila kau kenakan aku dan aku betul-betul percaya. kamu jahat tapi aku masih rindu kamu.
aku rindu dimarah kamu. aku takut, aku menangis bila kau marah. tapi itu kau. aku tau kau tetap tersenyum bila kau marah. kau kata kelakar tengok muka aku, telatah aku. aku rindu.
aku rindu cubit kamu. sakit, berair mataku menahan pedih tapi aku tetap rindu.
aku rindu gigit kamu. tajam gigi kamu sampai lebam hitam lengan aku. tapi aku rindu.

aku terlampau rindu kamu, sayang. sebanyak mana aku rindu keluargaku, sebanyak itu juga rindu aku untuk kau. aku tak pernah mahu menangis, aku mahu kuatkan semangat. tapi aku tak sekuat manusia lain untuk tidak menangis. bila aku sendiri, tanpa teman-teman, aku tetap menangis.

aku penat, terlalu penat untuk rindukan kamu dan keluargaku. aku mahu selalu ada dalam pelukan kamu, aku mahu sentiasa ada di depan mata keluargaku. aku tak mahu keseorangan di sini. tapi percaya kata-kata aku, aku takkan pernah berhenti merindui kamu. rindu aku takkan pernah habis, terlalu banyak. bila kau berdiri di depan ku, rindu itu masih ada. bila kau tak disisi, rindu itu berganda. sudah, dah tiada kata boleh aku jelaskan perasaan aku. biar cuma aku dan kamu yang tahu.

cepatlah pulang sayang, aku benar-benar rindu kamu. :(

No comments: