tadi, baru nak start menaip post ni, tiba-tiba mak bapak aku panggil turun makan.
bukan selalu dapat makan masakan mak aku, bukan selalu jugak dapat makan satu famili.
iyalah, jauh di perantauan lah katakan :)
dah 4 hari aku kat rumah.
sampai di stesen kereta api di sini pukul 11.30 malam, jumaat lepas.
tren aku delayed 1 jam masa dekat KL Sentral.
lepas tu, tren tu pulak jalannya slow, lembab nak mampus T_T
baiklah, aktiviti minggu ni apa ya?
setakat ni tak ada apa-apa aktiviti lagi selain buat assignment Kelab Apresiasi Sastera aku tu dan buat case study.
oh ya, lupa. sabtu lepas aku tolong mak aku buat biskut, ada orang tempah.
aku pun dah lama tak buat biskut, jadi aku pun buatlah chocolate chip cookies favorite aku, resipi sendiri okay :)
sedap gilaaaa, jangan jeles. haha.
*mengeluh*
sebenarnya teringin nak keluar berjalan-jalan dengan famili aku.
tapi mak bapak aku macam busy lagi :(
okay lah, nak sambung buat assignment dulu.
will update later :)
No comments:
Post a Comment