siang tadi keluar dengan sayang aku. alhamdulillah, dia cakap dia dah dapat kerja impian dia, kerja kapal. hari isnin ni insyaAllah dah naik kapal...
tahniah sayang! ayang happy untuk sayang.
sebenarnya, bila dia khabarkan pada aku tadi aku menangis - banyak kali jugak sebab dia mengusik aku. aku gembira untuk dia tapi aku sedih jugak! aku tak nak berjauhan dengan dia lagi. aku nak selalu dengan dia, tapi aku tau tak mungkin boleh jadi macam tu sekarang. this is his dream, his future, our future. i have to let him go and fulfill his dream.
i'm not as strong as some people thought i might be. i cry when i have to live life far apart from the ones i love. i cry and cry when i think about them. how can i, live in this city ALONE when my family is in penang and he... is leaving to work abroad? T_T
ya Allah ya Tuhanku,
Kau kuatkanlah semangatku. Kau tabahkanlah hatiku untuk menghadapi dugaan-dugaanMu ya Allah. Kau siapkanlah aku untuk menghadapi perpisahan yang sementara ini. sesungguhnya Engkau Tuhan yang maha Penyayang lagi maha Pengasih.
ya Allah ya Tuhanku,
aku bersyukur ke hadratMu kerana Engkau telah memakbulkan doaku dan doa kekasihku. Kau telah memakbulkan impian nasrul untuk bekerja di atas kapal. ya Allah, Kau berikanlah rezekiMu yang halal pada nasrul. Kau permudahkanlah setiap pekerjaannya ya Allah. Kau peliharalah dia dari sebarang kemungkaran dan kemaksiatan, keburukan dan kejahatan. Kau lindungilah keselamatan dan kesihatan nasrul ya Allah. sesungguhnya Engkau Tuhan yang maha Pelindung.
ya Allah ya Tuhanku,
Kau tetapkanlah hatiku dan nasrul untuk terus mencintai satu sama lain hingga ke akhir hayat kami. ya Tuhanku, Kau teguhkanlah cinta kami walau apa pun yang datang melanda. Kau tetapkanlah hati dan cinta nasrul hanya untukku. janganlah Kau biarkan dia berubah hati, ya Allah. sesungguhnya Kau maha Mengetahui betapa aku mengasihinya.
Amin.
I LOVE YOU.
No comments:
Post a Comment