keratan akhbar Utusan Malaysia semalam.
Walaupun jarak yang perlu ditempuhi dari lokasi liputan ke asrama hanya 3 minit, namun 3 minit itu telah menjadi saat-saat paling getir pernah dihadapi oleh wakil media Malaysia di Somalia apabila jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd Nor yang menyertai Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia, meninggal dunia setelah terkena peluru sesat semasa kenderaan yang dinaikinya bersama wakil media lain diserang oleh penembak hendap di Mogadishu, Somalia kelmarin. akibat dari tembakan yang terkena bahu kanan dan menembusi paru-parunya itu, Noramfaizul meninggal dunia pada pukul 11 malam waktu Malaysia setelah diberi rawatan.
keadaan kenderaan yang dinaiki mangsa.
keadaan Allahyarham sewaktu diberi rawatan.
Allahyarham sebelum berlepas ke Somalia pada 28 Ogos lalu.
Jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan turut cedera terkena serpihan peluru. beliau yang duduk disebelah Noramfaizul memberitahu, sejurus selepas serangan, beliau memberitahu Allahyarham bahawa mereka diserang tetapi Allahyarham terkulai dibahu kanannya dan beliau dapat melihat dengan jelas bahu kanan Allahyarham berlubang terkena tembakan.
Aji Saregar yang cedera ditenangkan oleh rakan media.
gambar terakhir yang diambil oleh Noramfaizul sejurus sebelum kejadian tersebut.
jenazah Allahyarham selamat sampai di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pagi tadi.
takziah yang sedalam-dalamnya kepada keluarga Allahyarham. aku doakan ini adalah mati syahid, insya Allah. semoga Allah limpahkan rahmat ke atas rohnya. pemergian wira negara ini diharapkan dapat menyuntik lagi semangat kita untuk terus membantu saudara-saudara kita yang memerlukan di seluruh dunia. Amin.
images : Google
No comments:
Post a Comment