salah satu babak dalam Hantu Bonceng.
jalan cerita filem ini pun longgar dan boleh dikatakan tak ada kena-mengena dengan tajuknya. ini kerana, belum pun sampai satu jam, misteri hantu yang menggangu hidup Amran lakonan Zizan, telah terjawab. jadi, the remaining 45 minutes memang out of topic dah.
sesungguhnya memang aku kecewa apatah lagi aku memang menaruh harapan yang tinggi untuk filem ini selepas kejayaan Zizan dalam filem KL Gangster. Hantu Bonceng pada aku tidaklah seteruk mana, tetapi hanya okey-okey saja. sejujurnya, pada pendapat aku, Ahmad Idham taklah berjaya sangat sebagai seorang pengarah filem komedi. mungkin sebab dia dah senior, idea pun tak sesegar pengarah-pengarah muda. apa yang penting, filem ini memberi penonton banyak pengajaran yang berguna.
No comments:
Post a Comment