hari ni dah masuk hari ke-.. erm er *kira dengan jari kejap* oh hari ke-18 aku cuti sem. bunyi macam baru sambut birthday ke-18 je. wow dah nak dekat 3 minggu aku cuti tapi apa je yang aku buat selama ni?? *recall azzah, recall!*
perghh, semua aktiviti aku buat macam tak berfaedah je cuti ni. I have like 3 books to read this holiday. I borrowed a book about Gog & Magog from my boyfriend konon-konon nak menghayati sejarah agama, tapi buka buku, baca 7 1/3 baris ayat terus tertidur dengan lenanya siap mimpi Lee Min Ho bagai. cehh, tak ada matlamat hidup langsung! ya, nampaknya memang takkan habislah aku membaca ketiga-tiga buku tersebut dalam musim cuti ini. satu buku pun semput nak baca, ini pulak tiga!
oh, tiba-tiba teringat baucar buku 1 Malaysia *macam gini ke ejaan voucher dalam bahasa ibunda? serius aku tak tauhu* seronoknya boleh borong buku sampai terberak tapi terus teringat muka serius mak suruh beli buku LAW yang tebal-tebal dan mahal-mahal SAJA. tak boleh beli novel atau majalah ROTTW :(
Aku : tapi mak, buku LAW boleh photostat kat seksyen 2 je. buku 2, 3 ratus boleh dapat rm24.99 je lepas diskaun.
Mak : *sambil buat muka macam Ojy Ahmad Daud kat iklan Mentor tv3* tak kenal maka tak cinta, kau tau tak? *tiba-tiba*
okey, dialog tokok tambah, fine -____-"
anyway, cuti kali ini juga aku adalah plan nak turunkan berat badan aku ke berat asal tapi usaha ini juga seperti mencurah air ke daun keladi. eh perasan tak aku banyak guna peribahasa? haha. kerja aku time cuti ni makan je, tak ada kerja lain dah, nyah.
makan, tidur, makan, tidur, berjalan, berjoyah, tidur, online, makan, tidur.
dah, sekarang aku nak pi tengok Miami Ink kat Youtube. bye.
No comments:
Post a Comment