Sunday, October 9, 2011

dia penyimpan benih dari suaminya

MENGAPA WANITA SERING MENANGIS?

Wanita itu unik. Tuhan menciptakan wanita sebagai makhluk istimewa.
Allah menguatkan bahu wanita untuk menjaga anak-anaknya.
Allah melembutkan hatinya untuk memberikan rasa aman.
Allah menguatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia.
Allah teguhkan peribadinya untuk terus berjuang di saat yang lain menyerah.
Allah berikan seorang wanita naluri untuk menyayangi anak-anaknya walau dalam situasi apa sekalipun.
Allah menguatkan batinnya untuk tetap menyayangi dan memaafi walau dikhianati dan disakiti orang tersayang.

Wanita adalah makhluk Tuhan paling kuat.
Tetapi, jika satu saat dia menangis, itu kerana Allah SWT telah memberikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru padanya.

p/s : jika kamu para lelaki telah melukakan hati wanita hingga dia menangis, fikirlah sekali lagi.

No comments: