Sunday, March 27, 2011

Al-Fatihah, nenek...

malam tadi, mak beritahu mak dan baa nak ke rumah mummy. mummy cakap nenek saudara aku yang aku panggil nenek sakit lain macam. untuk pengetahuan kauorang, umur nenek dah mencecah seratus lebih, kalau aku tak silap.

malam tadi jugak aku tak boleh tidur. tiba-tiba aku rasa tak sedap hati. aku tahu sesuatu akan jadi tapi aku tak mahu fikir. mata aku berair saat aku minta Tuhan jauhkan perkara-perkara tak diingini.

akhirnya, aku tertidur walaupun tak lena. pukul 5.46 pagi tadi mak telefon. aku tahu benar. sesuatu itu dah terjadi. dalam mamai tidur aku dengar suara mak tenang kejutkan aku.

"Azzah? Azzah?"
"Ya, mak.."
"Kakak, nenek dah tak ada dah tau" suara mak tenang.
aku mengucap panjang dalam hati.
"Iya ke mak? Bila???"
"Baru tadi"
"Nak kakak balik sana ke?"
"Tak apa, tak payahlah. Kakak tak sempat pun, pukul sebelas nanti dah nak tanam"

lepas tu, terus mata aku terbuka luas, tak mau tidur. sampai jam berapa, aku pun tak pasti.

Al-Fatihah nenek.

walaupun aku tahu aku bukan kesayangan dia, aku tak menyesal. sebab walaupun aku jauh dekat sini, setiap kali aku balik bercuti, aku mesti pergi jenguk dia. dia dah nyanyuk, dah tak ingat nama aku.

aku tak pernah menyesal. aku tahu nilai-nilai kehidupan yang mak bapak aku ajarkan aku. jangan lupa diri. jangan lupa orang yang pernah beri kau makan, kasih sayang dan duit bila kau memerlukan.

walaupun aku bukan kesayangan arwah, aku tetap sayang dia. melihat keadaan nenek setiap kali aku pulang bercuti buat aku mengerti setiap perangai dan peel manusia...

Al-Fatihah, nenek.

aku masih ingat perbualan dengan nenek. dia mahu aku jadi peguam dan tegakkan keadilan untuk dia. InsyaAllah nenek...

semoga Tuhan memberkati rohmu.. Amin.

2 comments:

siti nur khairul huda ismail said...

huhuhuhuhuhuu....sedih ler....
hurm....yupz,tegakkan keadilan utk nenek yang tercinta....nenek yang tersayang....

aq rindu gle kat nenek...rndu sgt azah..
rndu,xtau nk gtau cm na..aq duk nmpk lagi kita p umh arwah dlu2,duk blkg kutip pelam...
arwah masak maggie bg kita mkn...aq rindu smua 2..

AZZAH AFANDI said...

tu semua waktu kita kecik, dah jadi kenangan dah.
skarang kita pandang depan, sedekah alfatihah banyak-banyak kat family kita yang dah tak dak..
jgn sedih2.. insyaallah selagi aku hidup, aku ada utk hang..