Sunday, February 27, 2011

kasut buruk yang kau dan aku sarungkan

sabarlah.
cuma tinggal 3 tahun saja lagi.
insyaAllah hidup kita sekeluarga akan berubah nanti. masa tu aku takkan biarkan mereka-mereka tu dajjalkan kau lagi. aku takkan biarkan mereka-mereka tu pandang hina pada kau lagi. bertahanlah! Tuhan ada. Tuhan sentiasa bersama orang teraniaya, orang susah macam kita.

aku tahu kau tak perlu pun lalui perkara begini dalam usia kau yang masih mentah. aku sudah pernah ada di dalam kasut buruk ini - lebih dulu dari kau. malah sampai sekarang pun, aku masih di dalam kasut buruk ini, bersama-sama kau.

*sebak*

tak perlu menangis. dan kalau pun kau masih mahu menangis, teriaklah puas-puas. kerana ini satu ujian Tuhan. bersyukurlah. kerana ujian sebegini cuma diberi pada mereka yang Tuhan sayang. mereka-mereka tu tak pernah terima cubaan begini.
mereka-mereka tu tak pernah merasa sakit diterajang sana sini.
tak pernah merasa perih dihina tiap hari.
tak pernah merasa susahnya mencari sesuap rezeki.
sekalipun tak pernah!

mereka-mereka tu cuma pernah merasa manis kemewahan.
cuma pernah merasa melambung-lambung dipuji.
cuma pernah merasa duit dan harta yang disuap orang tua mereka.

kau jangan ada sifat macam mereka-mereka tu. sedih hati mak bapa kita nanti. sudah, kau tak payah susahkan diri ingatkan mereka tu lagi. buang masa. mereka tu pun tak pernah pikirkan kau, pedulikan kau, kasihankan kau. hiraukan mereka tu. tak payah nak meminta-minta dimaafkan. manusia sombong sebegitu gembira kalau kau tunduk jilat kaki mereka.
cukup sekali.

*mengeluh*

manusia manusia. baik macam mana pun manusia, saudara macam mana pun katanya, sekali dah kaya raya, sekali mereka punya darjat pangkat, kalau kau jatuhkan motor mahal mereka tu, walau cuma segaris kecil calarnya, ko tetap mereka caci keji. dulu kau mereka tu cakap pandai, sekarang kau bodoh. bahlul. bangang. haprak.

ya, pada mata mereka tu kita ni haprak busuk! tak berguna. sebab tu kita ni dari dulu mereka tu pandang sebelah mata. ikatan saudara tu tak ada makna bagi mereka tu. kita yang terhegeh-hegeh pikirkan ikatan yang hanya pada kita maha penting.

entahlah. aku rasa sekarang kau mengerti keadaan aku waktu dulu. cuma kau tak rasa seteruk aku. aku duduk sebelah mereka tu pun mereka jijik, kau tau? itu belum lagi aku sentuh, entah-entah disamaknya satu badan.

*tahan air mata*

tak payah tanya Tuhan apa dosa kita pada mereka tu. Tuhan Maha Tahu. aku ni, dah penat nak menangis, luka yang aku dapat tu tak pernah hilang. bukan sebab aku tak maafkan setiap apa laku mereka tu, tapi keperitan tu aku takkan boleh lupa sampai bila-bila. aku cuma anak kecil masa tu, umur pun baru cecah 5, 6 tahun. apa budak kecik paham? tiba-tiba kena rasa kelat, pahit. kau boleh cakap aku trauma, iya mungkin juga!

kadang-kadang, aku rasa rugi air mata ni nak aku tangiskan untuk orang macam mereka tu. aku rasa membazir nak sayangkan mereka tu. cukuplah, aku rasa terlalu terguris dengan setiap apa yang mereka tu buat pada orang yang aku sayang. aku mau cepat-cepat masa ni berjalan, aku mau genggam ijazah cepat-cepat dan bawa kalian jauh dari situ.

kalau mereka tu mau kita berambus, baiklah. mari lakukannya. mereka tu tak perlukan kita. mari kita bawa diri jauh-jauh. biar mereka tu rasa, apa salah mereka. aku dah penat jadi pecacai lah!

*diam*

aku tahu kau sudah lebih mengerti sekarang mengapa aku belajar sungguh-sungguh sampai di sini aku. mengapa aku cukup kecewa bila kau dapat keputusan peperiksaan kurang memberangsangkan. mengapa aku marah kau bila kau tak belajar, tak reti. kerana aku tak mau mereka tu pandang rendah pada kau lagi. mereka tu seronok bila kau bodoh. kau paham? ini satu-satunya jalan yang kita boleh guna untuk tutup mulut mereka tu.

bersabarlah. berubahlah. sedarlah di mana tempat kita. aku sentiasa doakan kau.

aku tak pernah minta siapa-siapa tunduk cium kaki aku.
kerana di kaki aku cuma tersarung kasut buruk.

No comments: