Tuesday, April 12, 2011

hidup yang kau bilang itu, ini.

bila aku punya wayar-wayar berselirat dan tersimpul-simpul antara satu sama lain dalam otak, aku duduk sendiri, cari waktu sunyi dan muhasabah diri. aku tak pernah punya hak untuk melatah. aku tak pernah ada hak untuk merungut.

ya, aku tak nafikan aku perempuan biasa-biasa yang kalau terguris sedikit pun bisa menangis.
bisa merungut-rungut pada mak ayah.
aku tak nafikan juga aku memang cukup suka menangis, teramat sensitif.
tapi aku tak suka merungut tentang dugaan atau masalah yang Tuhan hadapkan pada aku.
aku tahu aku memang lemah, tapi aku bersyukur sebab aku masih diberi kekuatan untuk berdiri waktu susah.

aku bersyukur.

aku ada mak.

aku ada baa.

aku ada adik-adik.

aku ada nasrul.

aku ada keluarga, untuk pinjamkan aku telinga untuk setiap permasalahan walau yang terpaling kecil sekalipun. aku ada keluarga, untuk pinjamkan aku bahu empuk buat aku menangis semahu-mahu aku.

yang paling penting, aku punya Tuhan. yang Maha Mendengar. yang Maha Memahami. yang Maha Esa.

*terdiam*

aku tahu sekarang, aku di sini keseorangan. makan sendiri, minum sendiri, hidup aturan sendiri semuanya. tapi apalah sangat dugaan begini jika nak kau bandingkan dengan dugaan lain. jadi bersyukurlah, aku motivasi diri sendiri.

kau lihat, hidup ini tak pernah palat.siapa bilang hidup ini palat? filem KAMI The Movie ke? aku juga suka ayat "hidup ni memang palat" tapi cuba fikir balik, apa yang palatnya?? kita, manusia yang membuatkan hidup kita begini. kita buat hidup jadi terlampau 'complicated' dengan aturan-aturan luar logik minda.

hidup ini tak sepalat yang kau sangka.
dunia ini tak sekajam kita manusia.

kita. manusia yang kejam. kita sendiri yang musnahkan segala setiap apa yang ada di dunia.
mimpi kita.
impian kita.
hidup kita.
tanah tempat berpijak kita.
dalam satu kelip mata, semua hilang.


semua kita musnahkan dengan kejahilan kita.

kau lihat sekeliling kau, apa yang berlaku. semua sudah tak kena pada tempatnya.
*mengeluh*

kau, aku tak pernah ada hak mutlak untuk bilang hidup ini palat.
kau, aku hidup atas kehendak yang Maha Esa.




p/s : monyet masuk bilik lagi.

Sunday, April 10, 2011

harta tak tercari ganti

aku rindu mak, baa, adik, baby.
terlalu.
tolong jaga diri untuk aku.

sedang mendengar : Remioromen - Konayuki.

Saturday, April 9, 2011

temu janji zaman sekarang

rindu sayang lah.
serius ni :(

gadis di sebelah sana

psiko.
kecelaruan identiti.
tak punya sense of humor.
pencuri identiti.
kebencian dalam senyap.
iri hati.
'kiasu' bak kata ecah.

itu sifat-sifat manusia yang ada.
pada kau.

oi!

sonny moore (ex From First to Last)

Azzah Afandi pernah bermimpi untuk menjadi seorang emo.
... dan masih lagi bermimpi.

Tuesday, April 5, 2011

hey, laparlah!

Only Mee's kung pao chicken.
oh, servingnya banyak gila, kat bawah kung pao tu of course lah ada nasi!
TERSEDAP, tak hingat dunia. teehee
*laparrrr*

malam kelmarin

*nanti malam kita bertemu janji lagi ya, sayang*
p/s : i love you.